Jan 10, 2011

Prosperity Family Night @ #97 KBJ

10 Januari 2011, McDonalds Bukit Jambul telah mengadakan majlis makan malam bersama keluarga (Family Night).

Acara yang dimulakan pada jam 8.00mlm, disambut baik oleh ahli keluarga serta saudara-mara warga McDonalds Bukit Jambul. Ucapan ringkas telah diberikan oleh store manager kepada mereka yg hadir.
Setelah itu, penerangan mengenai promosi-promosi yang sedang berjalan dimaklumkan kepada mereka serta semua ahli keluarga dibahagikan kepada beberapa kumpulan dengan diiringi oleh manager-manager mengadakan “store tour” untuk memberi pendedahan kepada mereka bagaimana operasi restoran ini berjalan dan juga bagaimana cara penyediaan makanan dilakukan.
Suasana bekerja di dalam restoran ini juga didedahkan kepada mereka dan mereka memberi tindak balas yang baik mengenai cara kami bekerja, dimana kegembiraan dan keceriaan terserlah dan terpancar pada wajah setiap warga Mcdonalds Bukit Jambul.
Seramai 43 orang yang hadir berpuashati di atas kesudian pihak McDonalds menjemput mereka ke acara makan malam ini. Acara ini bukan sahaja mengeratkan silaturahim di antara pengurus dan crew, tetapi juga di antara kaum keluarga. Semua yang hadir berharap agar acara seperti ini, dijalankan setiap tahun.

No comments: