Jan 13, 2011

Prosperity Family Night @ #54 Sunshine Square

Pada 13th januari 2011 pada jam malam berlangsungnya “Prosperity Family Night” bertempat di McDonald’s Sunshine Square, Bayan Baru. Acara dimulakan dengan bacaan doa dari Ustaz Muhammad Merican daripada imam Masjid Jamek Hashim Yahya. Seramai 30 keluarga berkumpul didalam McDonald’s Sunshine Square. Selepas bacaan doa disusuli dengan ucapan dari Pengurus Restoran  Norizan. Pengurus restoran kami mengalu-alukan kehadiran kaum keluarga yang sanggup meluangkan bersama-sama bagi memeriahkan majlis tersebut. Suasana di dalam restoran amatlah meriah dengan perbualan di antara para keluarga. Ada di antara keluarga yang berbual mesra sesama mereka seperti sudah bekenalan sekian lamanya. Di sini kami dapat melihat pada setiap ahli keluarga yang hadir dengan penuh kegembiraan dan kami juga dapat merasakan hubungan diantara kami terlalu rapat. Di sini juga kami telah memberi kesempatan mereka untuk membuat store tour. Pada waktu yang sama, ada juga diantara mereka belajar cara-cara membuat prosperity burger. Selepas melawat mereka menjamu selera dengan hidangan prosperity Beef dan juga Prosperity Chicken. Acara tersebut berakhir pada jam 10.30 malam.

No comments: