Jan 10, 2011

Prosperity Family Night @ #98

Berlangsung pada 10hb januari 2011 , dimulakan dengan ketibaan ibu bapa dan penjaga kepada kru-kru McDonalds JJ Kinta City Ipoh dan bacaan doa serta kata-kata pembukaan daripada Pengurus Restoran iaitu Fatimah Nahar serta memperkenalkan barisan pengurus McD JJ Kinta. Majlis ini diteruskan dengan ‘store tour’ dan memberi peluang kepada ibu bapa mencuba dan belajar membuat produk yang dikeluarkan oleh McD. Ibu dan bapa berasa amat teruja apabila pengurus memperkenalkan sistem-sistem yang digunakan oleh restoran. Majlis berakhir dengan menghidangkan ‘burger prosperity serta mcFizz’ kepada ibu bapa dan happy meal kepada kanak-kanak. Sekian terima kasih.

No comments: