Jan 12, 2011

Prosperity Family Night @ #219 Caltex Farlim

Pada 12hb Jan 2011, store #219 Caltex Farlim telah mengadakan “Prosperity Family Night”. Acara ini dianjurkan untuk ahli keluarga pengurus dan kru-kru di seluruh McDonald’ Malaysia dengan motif utamanya iaitu mengenai cara-cara McDonald’s beroperasi dan untuk mengeratkan lagi hubungan antara McDonald’s dan ahli keluarga pengurus dan perkerja.

Acara ini telah bermula pada jam 7:00 malam sehingga 10:00 malam. Ramai ahli keluarga telah datang ke “Prosperity Family Night” untuk bersama-sama memeriahkan acara ini.
Setiap ahli keluarga telah dihidangkan dengan hidangan set “Prosperity Burger” ( Burger Prosperity Daging atau Ayam , Twister Fries dan Orange McFizz ) untuk orang dewasa manakala untuk kanak-kanak dihidangkan dengan set Happy Meal. Semua ahli keluarga tak kira dewasa atau kanak-kanak begitu gembira sekali dengan acara ini.
Selepas menikmati hidangan yang telah disediakan, upacara penutup acara ini ialah mengadakan STORE TOUR untuk semua ahli keluarga oleh STAR dan pihak pengurusan

No comments: