May 26, 2011

#54 Outdoor Crew Meet

Pada 26 May 2011 Mcd Sunshine telah mengadakan outdoor meeting .Lokasi yang di pilih adalah berdekatan dengan store iaitu Queensbay Beach.Meeting tersebut dimulakan pada pukul 2.30 yang telah dihadiri seramai 40 orang crew Mcd Sunshine.Sq.Antara activiti yang dijalan pada petang tersebut adalah bbq yang terdiri daripada ayam,sotong ,udang ,ikan &juga kepah.Selepas sesi bbq crew juga telah dihidangkan dengan ayam berempah, satay dan juga bihun.
Selepas saja sesi bbq dan makan -makan selesai acara game di teruskan iaitu hard number dan juga win,loose &draw.Semua peserta dibahagikan kepada 3 kumpulan.Tepat pada pukul 5.30 sesi penyampaian
Hadiah telah diberikan kepada kumpulan yang menang.Sebelum majlis bersurai sesi taklimat dan ucapan dari store mgr dan semua manager telah disampaikan.Meeting tersebut bersuarai pada pukul 6.10pm.Kami bersurai dengan penuh gembira.

May 25, 2011

President's Award

From thousand miles with million smiles...

NDT families congrats Melissa & Melanie...

outstanding achievement makes us proud...

president's award a silver lining of the cloud...

MALAYSIA BOLEH......NDT BOLEH...

May 23, 2011

#93 Outdoor Crew Meet

Pada 23 May 2011,McDonald’s Desa Universiti telah mengadakan “Outdoor Crew Meeting” di “Idrus Seafood Restoran” yang dihadiri oleh semua kru dan pengurus seramai 51orang. Upacara dimulakan dengan ucapan dari pengurus restoran mengenai isu semasa direstoran dan juga memaklumkan pencapaian yang telah dicapai setakat ini seperti memenangi PS3 dan Apa yang perlu dilakukan untuk meningkatkan prestasi syarikat sehingga akhir tahun.
Penolong pengurus satu memaklumkan tentang promosi akan datang dan aktiviti McR&R.
Kami juga menyambut Hari lahir kepada pengurus dan kru yang menyambut hari lahir pada bulan May’2011. (Happy Birthday to May’11-Boys & Girls)
Acara diakhiri dengan jamuan dan sesi bergambar sebelum bersurai.....

May 19, 2011

#245 Outdoor Crew Meet

Pada 19hb Mei 2011 yang lepas,McDonald’s Bandar Perda DT telah mengadakan “Crew Outing”.Krew-krew mula berkumpul di Party Room pada pukul 3.30petang.Ia dimulai dengan ucapan dari Stor Manager,Emmy Suhaila.Selepas itu, Kak Emmy menyerahkan Coke Glass kepada semua crew yang hadir.Tepat jam 4ptg kami semua bergerak menuju ke Megamall untuk bermain boling.Terdapat 4 kumpulan iaitu Kumpulan Merah Jambu(Manager),Merah,Hitam dan Ungu.Pertandingan ini telah dimenanangi oleh kumpulan Merah,ke-2 kumpulan Hitam dan ke-3 kumpulan Ungu.Setelah penat bermain boling,tepat jam 6.30petang kami semua menuju ke Restoran Bangkok Station untuk menjamu selera.Jelas terpancar kegembiraan di antara krew dan manager.Akhir sekali kami semua selamat sampai di McD tepat jam 7.30malam

May 18, 2011

#174 Ronald Show

Pada 18 May 2011 store McD Juru telah mengadakan pertandingan mewarna untuk kanak- kanak berumur 5 hingga 12 tahun. Selain itu Ronald show juga telah disediakan untuk peserta- peserta berkenaan. Seramai 50 peserta telah mendaftar dan menyertai pertandingan tersebut. Acara mewarna diadili oleh Store manager McD Juru. Kesemua kanak-kanak berasa seronok dengan telatah Ronald membuat persembahan. Mereka juga mengambil kesempatan untuk bergambar dengan Ronald. Ronald turut menyampaikan hadiah untuk para pemenang pertandingan mewarna yang diadakan pada sesi pagi.

#235 Outdoor Crew Meet

Pada  18 mei ,Mcdonalds gurney plaza telah mengadakan  crew outing di teman belia pada pukul 8.00 pagi.kesemua crew dan manager mula berkumpul di taman belia pada pukul 7.55 pagi.setelah kesemua staf  hadir, acara dimulakan dengan senam aerobik untuk memanaskan badan  sebelum  ucapan pembukaan dari store manager iaitu Kung Chin Yang. Kami semua telah diberitahu tentang target dan promosi yang bakal diadakan oleh company.selepas ucapan habis, kami mula menjamu selera yang telah di sediakan oleh manager  kami. Selepas makan,semua staff  diberi kesempatan untuk melakukan acara bebas dan permainan seperti mandi kolam, seperti acara bola air. Selepas itu kami sekali lagi makan tengahari bersama selepas penat bermain bermandi.selepas makan kami mula mengambil gambar bersama –sama dan bersurai pada pukul 12 tengahari. kami harap aktiviti seperti ini akan diadakan lagi pada tahun seterusnya untuk mengeratkan tali persaudaraan diantara staf dan manager seperti sebuah keluarga.

#219 Outdoor Crew Meet

Pada 18 May 2011, McDonald’s Caltex Farlim telah mengadakan ‘Outdoor Crew Meeting’ di Taman Belia, Pulau Pinang. Kami semua berkumpul di sana tepat pada pukul 8.00 pagi untuk memulakan aktiviti. Pada sesi permulaan kami semua bermula dengan memperkenalkan diri masing-masing dan bercerita serba sedikit mengenai diri kami semua termasuk pengurus-pengurus restoran yang hadir.
Selepas sesi perkenalan, kami memulakan aktiviti dengan melakukan senaman ringan untuk menenangkan diri dan fikiran semasa aktiviti tersebut. Selesai bersenam, semua krew dan pengurus diberi taklimat ringkas oleh Ketua Pengurus Restoran iaitu Mr. Raymond.
Di akhir perjumpaan tersebut, kami semua juga berbincang mengenai masalah dan isu-isu yang berbangkit di restoran dan cara-cara untuk meningkatkan lagi jualan di restoran sambil diikuti dengan QSC & V (kualiti, layanan, kebersihan & nilai).
Selesai perbincangan, semua krew dan pengurus restoran duduk dan makan bersama-sama. Perjumpaan ‘Outdoor Crew Meeting’ pada hari itu tamat pada pukul 12.00 tengahari

#21 Outdoor Crew Meet

Pada 18hb May 2011, Mc Donald’s Sunrise telah mengadakan “outing meeting crew” di Penang Bowl, Padang Kota Lama, seramai 42 crew telah menghadirinya. Kenderaan disediakan oleh management team.
Crew telah dibahagikan kepada 7 kumpulan dan mempunyai sepasang management team sebagai team leader. Setiap kumpulan memakai t-shirt warna tema masing-masing seperti biru, hitam, oren dan merah menunjukkan semangat berpasukan. Permainan bermula pada pukul 9 pagi sebanyak 2 pusingan. Sorakan dan tepukan gemuruh bergema sebaik permainan dimulai oleh team leader dari setiap pasukan.
Pasukan biru yang diketuai oleh Helmy memenangi tempat pertama diikuti pasukan merah tempat kedua yang diketuai oleh Franklin dan tempat ketiga pasukan Hitam yang diketuai oleh Faris. Hadiah bagi tempat pertama ialah t-shirt manakala tempat kedua ialah tuala tangan dan tempat ketiga ialah key chain. Tempat keempat dimenangi oleh pasukan oren yang diketuai oleh Zul(jerung) memenangi hadiah ketawa beramai-ramai. Makanan telah disediakan oleh pihak bowling.
Crew bersurai tepat pukul 11pagi.

May 13, 2011

#227 Outdoor Crew Meet

13 Mei 2011 Satu perjumpaan crew McDonald's Jusco Prai telah diadakan di pusat bowling Megamall Prai. Perjumpaan ini diadakan jam 3.30 petang sehingga jam 8.30 malam.
Tema pakaian kami pada hari tersebut ialah team manager serba pink.. jambu tu… dan untuk krew mengikut sistem budy masing- masing iaitu purple, red, blue dan green. pasukan purple diketuai oleh cik Siti Halijah,pasukan red diketuai oleh Cik Siti Aishah pasukan Blue diketuai oleh Rohaimi dan Munirah manakala pasukan green diketuai oleh Cik Siti Yusmarliza.
Kami memulakan perjumpaan kami dengan perlawanan bowling antara semua. Permenang diadili mengikut jumlah jatuhan pin yang terbanyak.Setelah bertukus-lumus selama 1 jam akhirnya juara telah diraih oleh Shukri diikuti Aidil dan Ram.
Setelah selesai acara bermain bermula sesi ceramah la pula..pelbagai isu telah diperbincangkan pasal kedatangan crew,pasal program kawan bawa kawan sehinggalah tentang polisi kerja.Selesai ceramah sesi penerimaan hadiah dan cenderahati. Setiap crew akan diberikan gudybag yang di dipenuhi dengan coke glass, roti,air kotak dan gula-gula.
Kini tibalah masa untuk mengisi perut. kami bertolak ke restauran Pak Ngah Mee Udang di Sungai Dua. Pelbagai hidangan yang telah kami pesan ada yang makan mee udang, mee kuah, nasi goreng udang, nasi ayam dan tak lupa yang wajib...Sate la...yame yame sedap gitu.
Kami bertolak pulang ke store tepat jam 8.30 malam

May 12, 2011

#25 Outdoor Crew Meeting

 

#125 Outdoor Crew Meet

Pada 12hb Mei 2011,McDonald’s Carrefour Prai telah mengadakan Krew Outdoor meeting.Pada jam 10pagi,Kami mula bertolak daripada stor kepada Taman Sembilang iaitu berada lebih kurang 3km daripada stor kami untuk mengadakan 2 permainan yang berlainan mencari Harta Karun dan mencari dan mencantumkan perkataan yang tersembunyi .Pemenangannya telah mendapat Key Chain McD yang terbaru.Selepas permainan itu berakhir,krew krew dan pengurus pengurus tersebut mengadakan senaman bebas.Dengan bermain alat senaman yang telah disediakan ditaman itu.
Pada jam kira kira 12tengahari,kami pun bertolak ke Summit Bukit Mertajam untuk mengadakan acara Bowling.Dalam acara Bowling itu,kami telah membahagikan kepada 4 kumpulan untuk bertanding diantara satu sama lain.Semua Krew dan Pengurus telah bermain dengan gembiranya.Hadiah Hand towel telah diberikan kepada Kumpulan yang mencapai markah yang tertinggi.
Selepas acara pertandingan Bowling,kami pun bertolak ke Medan Selera Astika yang terletak di Bandar Perda BM untuk menjamu makanan tengahari kami iaitu Ikan Bawal Goreng.Acara Krew Outing kita pada hari tersebut telah tamat pada jam pukul 3 petang.

May 11, 2011

#116 Outdoor Crew Meet

Pada 11.05.2011 team megamal pinang telah mengadakan out door crew meeting  yg telah berlangsung di Mega lane Bowling Sport Centre Megamall……Semua crew dan manager turut mengmbil bahagian dalam acara yg diadakan,termasuk juga warga emas..Suasana sungguh meriah dengan gelagat masing –masing kami juga di bawa makan di dataran ikan bakar ….

May 10, 2011

#208 Outdoor Crew Meet

Krew  outing telah diadakan pada 10hb Mei 2011, pada hari selasa, di Bukit Bendera. Kami telah buat lawatan pada waktu petang  sebab pemandangan sangat indah sekali semasa matahari menyembah bumi. Setelah berkumpul dibawah bukit bendera, kami mengambil gambar di bawah stesen kabel train tersebut.
Perjalanan mengambil selama 15minute untuk sampai ke puncak bukit yang tetinggi di Pulau Pinang.
Setelah sampai di puncak bukit kami berkumpul di temapt rekreasi yang disediakan. Pelbagai makanan telah disediakan iaitu, Bihun goreng, cucuk badak, kek, karipap,rojak dan makanan ringan seperti kerepok  dan kerepak. Sambil menikmati makanan yang lazat, pengurus restaurant telah menyediakan pelbagai hadiah untuk crew yang disayangi. Selepas itu semua crew naik shutter menikmati pemandangan indah seperti tempat bersejarah seperti rumah pegawai semasa penjajahan british, peti surat yang telah lama didirikan sejak zaman penjajahan british, pelbagai jenis bunga yang cantik, Taman burung dan menikmati pemandangan Georgetown dari puncak bukit.

May 9, 2011

#212 Outdoor Crew Meet

Pada 9 May 2011, McDonald's Jln Gopeng D/T (#212) telah mengadakan krew outdoor meeting di Taman Rekeriasi Ulu Chepor, Chemor Perak. Seramai 50 orang krew & pengurusan telah mengikuti outdoor meeting berikut. Sebelum bertolak kami telah mengadakan krew meeting di store kami.. Aktiviti telematch & BBQ telah diadakan. Sekian sahaja dari store kami.