May 8, 2011

#190 Outdoor Crew Meet

8 May 2011 adalah hari yang penuh bermakna kepada kru dan pengurus Mcdonald’s Tesco Penang. Pada hari itu, buat pertama kali kami mengadakan sessi perjumpaan kru dengan pengurus di luar tempat kerja. Memandangkan masa diperuntukkan adalah singkat, kami sempat mengadakan beberapa aktiviti pada hari tersebut. Antaranya ialah:
1) Mesyuarat pendek bersama pihak pengurus anrestoran bersama kru Mcdonald’s Tesco Penang.
2) Perlawanan boling bersama kru dan pengurus di Sunshine Square Bayan Baru.
3) Sesi bergambar bersama kru dan pengurus.
4) Jamuan makanan yang lazat.
Semua kru memberi sambutan yang sangat mengalakkan dan berasa gembira dan seronok terutama sekali semasa bermain boling. Hadiah juga disediakan untuk pemain yang mendapat tempat pertama, kedua dan ketiga. Ada bermacam- macam ragam dan gelagat daripada kru mahupun pengurus yang sangat menghiburkan. Akhir sekali, semua kru berharap aktiviti ini diadakan pada tiap- tiap tahun.


No comments: