Jan 26, 2008

Crew Olympic Challenge - Harlina's Mini Market


Pertandingan Akhir Crew Olympic Kawasan OC Harlina,telah diadakan pada 26hb Januari yang lalu dari pukul 10 pagi sehingga pukul 5 petang.

Seramai 15 crew serta 5 penolong pengurus telah bertanding dan diadili oleh Pengurus Restoran serta Penolong Pengurus Satu.Pertandingan telah diadakan di McD Jalan Gopeng. Aturcara bermula seawal 9 pagi dengan kehadiran para pengadil untuk sesi pengenalan bersama peserta serta penerangan mengenai jadual dan undang-undang pertandingan.

Pertandingan tersebut berakhir dengan keputusan berikut :

Pihak Crew dimenangi oleh Mohd Iqbal (#211 Seri Manjung) dan Mohd Kamarulzaman (#216 JSAS). Pihak manager dimenangi oleh Azahamaruddin (#211 Seri Manjung)

Pertandingan diakhiri dengan sesi bergambar bagi semua peserta dengan hadiah yang dimenangi. Para pemenang akan bertanding di peringkat OM pada 19hb Februari 2008!

Jan 17, 2008

CLOC - El's Mini Market

The first CLOC of 2008 was held on 15th & 16th January. Safna the SM for Carrefour Prai was the Coordinator but all SMs contributed a class each.

During these 2 days,the Best Contributor award was won by Hafifi from Caltex Sunway and the Archie award by Nurul Wahida from Juru DT.

Overall, our CLs had a good time plus learnt a lot too!

Jan 14, 2008

1st Qtr Meet - El's Mini Market


Perjumpaan semua pengurus suku pertama bagi kawasan Elena Khoo telah diadakan pada 14 Jan 2008 di McD Juru.

Pembentangan yang berlangsung selama 3 jam ini meliputi semua keputusan prestasi 2007 dan matlamat untuk 2008 iaitu Go For Gold.

Perjumpaan ini dirasmikan oleh Perunding Operasi kami yang disayangi .... Elena Khoo dan seterusnya pembentangan setiap agenda oleh pengurus restoran secara bergilir-gilir.

Secara amnya semua pengurus memberi impak dan tindak balas positif dalam setiap pembentangan agenda.

Pada akhir perjumpaan telah berlangsung pertandingan Hot Ham untuk 5 "Crew of the Year" untuk tahun 2007. Hadiah sebanyak RM800 dan trophy diberikan kepada pemenang iaitu Yahya dari McD Juru DT.

Jutaan terima kasih pada semua yang terlibat dalam menjayakan perjumpaan suku pertama ini secara langsung atau tidak.

Jumpa lagi di perjumpaan pengurus suku kedua !