Nov 29, 2010

Crew Year End Party Prai Area

Azemah Mini Market Year End Party

Party ! Party! Datang lagi .Acara tahunan yang tidak mungkin crew lepaskan dan di nanati-nantikan telah tiba .Kali ini “Crew Year End Party” bagi kawasan Azemah telah diadakan di Hotel Pearl View Seberang Perai Pulau Pinang pada 22Nov 2010. Tahun ini kami membawa tema “FLORA NIGHT” .Ramai crew yang hadir  dengan gaya tersendiri tak kurang hebat juga tanpa segan silu mereka memperagakan pakaian mereka di atas pentas . Tetamu jemputan yang hadir seperti Elena, Kartina dan Soo Cheng(PC trainer) turut memeriahkan party  kami pada malam tersebut . Seperti biasa beberapa acara menarik telah kami susun antaranya persembahan kumpulan dari restoran –restoran , game ,Best Dress dan lain –lain lagi . Pada tahun ini lebih kurang 15 crew telah menerima Service Award dan mereka amat gembira apabila nama-nama mereka di panggil untuk menerima anugerah . Tidak ketingalan cabutan bertuah juga di adakan .Pelbagai hadiah menarik di sediakan .Satu persembahan istimewa dari pengurus #116 Azhar ,beliau telah menyampaikan sebuah lagu serta bermain alat musik .

Nov 22, 2010

Eng Chew's Area Year End Party



Date : 22 Noveber 2010
Venue : Sandy Bay Paradise Hotel, Tanjung Bungah
Theme : Casual Pink or Purple and Bling-Bling

Parti Akhir Tahun bagi kawasan Eng Chew telah berlangsung di Sandy Bay Paradise Hotel dengan tema Casual Pink or Purple dan Bling-bling.

Terdapat 6 restoren yang berada di kawasan Bayan Baru ini iaitu # 54 Sunshine Square,#93 Desa Universiti,#97 Kompleks Bukit Jambul,#190 Tesco Penang,#208 Queensbay Mall dan #228 Penang Airport.

Parti Akhir Tahun ini bermula pada pukul 7.30 petang dan berakhir hingga 11.30 malam dengan meriahnya. Kesemua restoren turut memberi kerjasama membuat persembahan bagi memeriahkan majlis.

Terdapat nyanyian solo, tarian dan juga pelbagai persembahan dari 6 restoren terlibat. Pihak penganjur juga turut memeriahkan majlis dengan membuat aktiviti yang menarik seperti permainan meneka
gambar-gambar lama Pengurus Restoren dan OC. Selain itu juga aktiviti mengasingkan 7 jenis kacang turut dilakukan di antara meja ke meja. Majlis juga tidak ketinggalan memilih krew yang
yang memakai pakaian terbaik. Selain itu, pihak penganjur juga turut memberi penghargaan kepada crew dan pengurus yang telah berkhidmat dengan syarikat di atas perkhidmatan mereka. Di antara
mereka yang menerima penghargaan itu ialah:

a) 1 tahun perkhidmatan
b) 3 tahun perkhidmatan
c) 5 tahun perkidmatan ( termasuk pengurus)
d) 10 tahun perkhidmatan ( termasuk pengurus)
e) 15 tahun perkhidmatan (termasuk pengurus)
f) 20 tahun perkhidmatan
g) Ketua krew
h) Krew Tahunan ( setiap restoren)

Foyer aktiviti juga turut diadakan di ruang legar hotel bagi mengisi masa sebelum acara di dalam hotel bermula. Pihak menganjur meyediakan balang yang berisi jelly dengan jumlah isinya perlu

diteka oleh semua krew. Malah door gift juga turut diberikan kepada semua krew dan pengurus yang hadir di majlis Parti Akhir Tahun ini.

Parti ini berakhir dengan sambutan Hari Lahir yang dikongsi bersama dengan OC Eng Chew dengan kek Hari Lahir yang bertemakan Northern Dream Team….Together, We are Unstoppable.