Nov 29, 2010

Azemah Mini Market Year End Party

Party ! Party! Datang lagi .Acara tahunan yang tidak mungkin crew lepaskan dan di nanati-nantikan telah tiba .Kali ini “Crew Year End Party” bagi kawasan Azemah telah diadakan di Hotel Pearl View Seberang Perai Pulau Pinang pada 22Nov 2010. Tahun ini kami membawa tema “FLORA NIGHT” .Ramai crew yang hadir  dengan gaya tersendiri tak kurang hebat juga tanpa segan silu mereka memperagakan pakaian mereka di atas pentas . Tetamu jemputan yang hadir seperti Elena, Kartina dan Soo Cheng(PC trainer) turut memeriahkan party  kami pada malam tersebut . Seperti biasa beberapa acara menarik telah kami susun antaranya persembahan kumpulan dari restoran –restoran , game ,Best Dress dan lain –lain lagi . Pada tahun ini lebih kurang 15 crew telah menerima Service Award dan mereka amat gembira apabila nama-nama mereka di panggil untuk menerima anugerah . Tidak ketingalan cabutan bertuah juga di adakan .Pelbagai hadiah menarik di sediakan .Satu persembahan istimewa dari pengurus #116 Azhar ,beliau telah menyampaikan sebuah lagu serta bermain alat musik .

No comments: