Nov 15, 2010

Crew Year Party Gurney Mini Market

PULAU PINANG,15 November 2010 - Bertempat di Bayview Hotel,Georgetown,Mini Market Gurney telah mengadakan acara parti tahunannya. Dengan bertemakan "Glorious Mask" dan warna pilihan Hitam,Putih,Ungu dan merah jambu semua yang hadir WAJIB mengayakannya !


Para VIP yang hadir adalah Melaine Lim ( Pengurus Operasi ),Hong Chin ( Perunding Operasi Gurney Mini Market ), Eng Chew ( Perunding Operasi Bayan Baru Mini Market ), Veronica Khoo ( Eksekutif Pengurusan Operasi ), Kartina Ramli ( LSM Executive ) hadir juga semua Pengurus Store,Pengurus,Krew,VIP dan rider untuk meraikannya !

Pelbagai acara telah diadakan seperti Cabutan Bertuah, Persembahan dari store, permainan dan macam-macam lagi ! Dalam parti ini juga Mini Market Gurney telah memberikan penghargaan kepada Pengurus dan Krew yang telah berkhidmat selama 3,5,10,15 dan 20 tahun dengan McDonald's Malaysia ! Sememangnya McDonald's amat menghargai sumbangan dan jasa mereka !

Semua yang hadir untuk parti kali ini amat terhibur dengan agenda yang telah di atur oleh jawatankuasa parti ! Syabas Jawatankuasa Parti !

No comments: