Jan 14, 2008

1st Qtr Meet - El's Mini Market


Perjumpaan semua pengurus suku pertama bagi kawasan Elena Khoo telah diadakan pada 14 Jan 2008 di McD Juru.

Pembentangan yang berlangsung selama 3 jam ini meliputi semua keputusan prestasi 2007 dan matlamat untuk 2008 iaitu Go For Gold.

Perjumpaan ini dirasmikan oleh Perunding Operasi kami yang disayangi .... Elena Khoo dan seterusnya pembentangan setiap agenda oleh pengurus restoran secara bergilir-gilir.

Secara amnya semua pengurus memberi impak dan tindak balas positif dalam setiap pembentangan agenda.

Pada akhir perjumpaan telah berlangsung pertandingan Hot Ham untuk 5 "Crew of the Year" untuk tahun 2007. Hadiah sebanyak RM800 dan trophy diberikan kepada pemenang iaitu Yahya dari McD Juru DT.

Jutaan terima kasih pada semua yang terlibat dalam menjayakan perjumpaan suku pertama ini secara langsung atau tidak.

Jumpa lagi di perjumpaan pengurus suku kedua !

No comments: