May 13, 2011

#227 Outdoor Crew Meet

13 Mei 2011 Satu perjumpaan crew McDonald's Jusco Prai telah diadakan di pusat bowling Megamall Prai. Perjumpaan ini diadakan jam 3.30 petang sehingga jam 8.30 malam.
Tema pakaian kami pada hari tersebut ialah team manager serba pink.. jambu tu… dan untuk krew mengikut sistem budy masing- masing iaitu purple, red, blue dan green. pasukan purple diketuai oleh cik Siti Halijah,pasukan red diketuai oleh Cik Siti Aishah pasukan Blue diketuai oleh Rohaimi dan Munirah manakala pasukan green diketuai oleh Cik Siti Yusmarliza.
Kami memulakan perjumpaan kami dengan perlawanan bowling antara semua. Permenang diadili mengikut jumlah jatuhan pin yang terbanyak.Setelah bertukus-lumus selama 1 jam akhirnya juara telah diraih oleh Shukri diikuti Aidil dan Ram.
Setelah selesai acara bermain bermula sesi ceramah la pula..pelbagai isu telah diperbincangkan pasal kedatangan crew,pasal program kawan bawa kawan sehinggalah tentang polisi kerja.Selesai ceramah sesi penerimaan hadiah dan cenderahati. Setiap crew akan diberikan gudybag yang di dipenuhi dengan coke glass, roti,air kotak dan gula-gula.
Kini tibalah masa untuk mengisi perut. kami bertolak ke restauran Pak Ngah Mee Udang di Sungai Dua. Pelbagai hidangan yang telah kami pesan ada yang makan mee udang, mee kuah, nasi goreng udang, nasi ayam dan tak lupa yang wajib...Sate la...yame yame sedap gitu.
Kami bertolak pulang ke store tepat jam 8.30 malam

No comments: