May 10, 2011

#208 Outdoor Crew Meet

Krew  outing telah diadakan pada 10hb Mei 2011, pada hari selasa, di Bukit Bendera. Kami telah buat lawatan pada waktu petang  sebab pemandangan sangat indah sekali semasa matahari menyembah bumi. Setelah berkumpul dibawah bukit bendera, kami mengambil gambar di bawah stesen kabel train tersebut.
Perjalanan mengambil selama 15minute untuk sampai ke puncak bukit yang tetinggi di Pulau Pinang.
Setelah sampai di puncak bukit kami berkumpul di temapt rekreasi yang disediakan. Pelbagai makanan telah disediakan iaitu, Bihun goreng, cucuk badak, kek, karipap,rojak dan makanan ringan seperti kerepok  dan kerepak. Sambil menikmati makanan yang lazat, pengurus restaurant telah menyediakan pelbagai hadiah untuk crew yang disayangi. Selepas itu semua crew naik shutter menikmati pemandangan indah seperti tempat bersejarah seperti rumah pegawai semasa penjajahan british, peti surat yang telah lama didirikan sejak zaman penjajahan british, pelbagai jenis bunga yang cantik, Taman burung dan menikmati pemandangan Georgetown dari puncak bukit.

No comments: