Jan 14, 2011

Prosperity Family Night @ #93 Desa U



McDonad’s Desa Universiti “FAMILY NIGHT” @ “MALAM KELUARGA”

14 Januari 2011, Pukul 8 malam hari yang ditunggu-tunggu oleh semua pekerja McDonald’s Desa Universiti untuk memeriahkan Majlis “Malam Keluarga” @ “Family Night”. Kehadiran Ahli Keluarga & para pekerja seramai 70 orang untuk memeriahkan majlis.
Majlis dimulakan dengan bacaan “DOA” selamat dari Ustaz Jemputan “Ustaz Hasbullah” untuk memberkati majlis Malam Keluarga McDonald’s Desa Universiti.
Seterusnya ucapan dari Pengurus Restoran tentang sejarah Prosperity Burger dan memperkenalkan Kakitangan Pengurusan. Disamping itu kami juga menayangkan Video “Crew Rally” dan juga Iklan-Iklan bermulanya Prosperity Burger.
Kami juga menjemput ahli keluarga kakitangan untuk melawat persekitaran Operasi di McDonald’s dan para ibubapa juga diberi peluang mencuba membuat produk Prosperity Burger.
Ahli Keluarga dihidangkan dengan Hidangan Prosperity Burger.Kehadiran Perunding Operasi lebih memeriahkan lagi suasana Majlis disamping merapatkan hubungan di antara pihak pengurusan dan Ahli Keluarga.

No comments: