Jan 11, 2011

#174 Prosperity Family Night

Pada 11 Jan 2011 kami telah mengadakan Family Night Prosperity Meal untuk  semua crew datang membawa ahli keluarga masing-masing untuk menikmati set Prosperity Meal.Lebih kurang  15 orang crew yang telah hadir ketika Family Night diadakan dan semua crew telah membawa 2 orang  ahli keluarga masing-masing antaranya seperti ibubapa,kakak,adik dan juga abang.Sebelum memulakan majlis bacaan doa telah disempurnakan oleh Mohd Adli Sobri bin Anuar iaitu salah seorang ketua crew dari McDonalds Juru . Lim Chong Beng iaitu  Store Manager dari McDonalds Juru telah memberi ucapan dan memberitahu kepada semua tentang pengalaman dan kebaikan  bekerja di McDonalds.Disamping itu juga semua manager memperkenalkan diri masing-masing kepada crew dan juga ahli keluarga untuk berkongsi pengalaman bekerja di McDonalds.Setelah selesai ucapan dari Store Manager salah seorang dari manager kami telah membawa family masing-masing untuk memperkenalkan dan melihat bagaimana keadaan dalam McDonalds serta cara-cara untuk membuat prosperity.Setelah selesai semuanya,semua crew dan ahli keluarga yang hadir telah dijamu dengan set Prosperity Meal.Family Night yang telah diadakan berjalan dengan lancar dan juga keadaan ketika itu semuanya berasa amat gembira dan berpuas hati dengan layanan yang telah diberikan oleh semua manager yang bertugas.


No comments: