Jan 12, 2011

Prosperity Family Night @ #208 Queensbay Mall

Pada 12/01/11,Mc Donald’s Queensbay Mall pertama kali telah mengadakan FAMLY NIGHT. Majlis ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan mesra antara keluarga dan kakitangan restoran.
Majlis ini telah disertai oleh 70 orang ahli keluarga termasuk warga kerja restoran. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh saudara Khairul Nizam pada jam 8.30 malam. Selepas itu, store manager,Cik Surayati memberi ucapan dan memperkenalkan seluruh warga kerja kepada hadirin dan disusuli dengan tayangan video mengenai faedah dan keistimewaan bekerja di Mc Donald’s.
Jamuan hidangan Prosperity telah berlansung tepat jam 9 malam,diikuti Store tour mengikut kumpulan kecil yang telah diaturkan dan diiringi pengurus bertugas.
Tepat jam 10 malam,Cik Surayati telah memberi ucapan penutup sebagai tanda penghargaan kapada hadirin yang datang dan disertai sedikit pemberian cenderahati.
10.30 malam majlis bersurai.

No comments: