Jan 11, 2011

Prosperity Family Night @ #255 Kampar DT









Meriah..meriah dan meriah…itulah gambaran pada hari keluarga McDonalds Kampar DT.Hari keluarga atau dengan lebih tepat ‘Prosperity Family Night’ telah berlangsung dengan jayanya pada 11 Januari 2011.Majlis yang bermula pada pukul 8 malam dihadiri oleh kira-kira 45 ahli keluarga krew McDonalds Kampar.

Majlis dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh Pengurus Restoran McDonalds Kampar, Tuan Tan Chee Beng .Beliau mengucapkan jutaan terima kasih dengan kehadiran ahli keluarga ke majlis yang penuh bermakna ini.Beliau mengambil kesempatan ini dengan memperkenalkan barisan pihak Pengurusan kepada semua ahli keluarga yang hadir.Dalam teks ucapan beliau telah menerangkan tujuan diadakan majlis seumpama ini.Bukan sahaja untuk memperkenalkan menu terkenal kita iaitu ‘Prosperity Burger’ kepada ahli keluarga tapi lebih daripada itu maksud disebaliknya.Kita ingin mempereratkan lagi ikatan persaudaraan dengan ahli keluarga krew.Ini kerana tanpa adanya sokongan keluarga,tidak mungkin krew kita dapat memberi perkhidmatan yang terbaik semasa bekerja.Sesungguhnya makna ‘Prosperity’ juga memberi impak yang besar buat semua.Prosperity bukan sahaja membawa maksud kekayaan tapi lebih dari itu…contonya kebahagian,kejayaan dan pelbagai lagi maksud positif.

Tetamu yang hadir dijamu dengan hidangan Prosperity Daging dan Ayam.Pihak pengurusan mengambil kesempatan ini beramah mesra dan berkenalan dengan ahli keluarga krew.Majlis berakhir pada pukul 10 malam.Diharap majlis ini membawa seribu erti pada semua yang hadir.



No comments: