Jul 11, 2011

#208 Crew Picnic

Perkelahan kru Mc Donald’s Queensbay Mall telah diadakan di  Tanjung Assam Pulau Pinang pada 4 julai (isnin). Ia dihadiri oleh semua warga kerja Mc Donald’s Queensbay. Pelbagai agenda disediakan pada hari tersebut.
      Semua kakitangan berkumpul di restoran pada jam 9 pagi. Kami semua bertolak tepat jam 9.30 pgi dan konvoi beramai-ramai. Jam 10.15 kami tiba di destinasi.  Kami telah menyewa Chalet sebagai tempat berehat dan bersolek. Segala aktiviti kami bermula pada jam 11 pagi. Antara aktiviti yang kami jalankan adalah seperti Makan pisang, Treasure hunt, memancing,dan banyak lagi.
      Makanan kami disediakan dari breakfast hingga ke makan petang. Bihun goreng, kuih muih, nasi, buah-buahan, BBQ antara menu kami pada hari itu.
      Setelah puas bermain,beriadah kami di sulami acara penyampaian hadiah dan cenderahati kepada semua kakitangan..hadiah disampaikan oleh Store Maneger Cik Surayati, crew of the month, best station crew dan macam-macam lagi antara anugerah-anugerah yang disampaikan. Kami semua berasa gembira pada heri tersebut.

No comments: