Jul 27, 2011

#174 Crew Picnic

Kru picnic McDonald’s Juru pada kali ini diadakan pada 27 Jun 2011 bertempat di Pantai Tanjung Asam Gertak Sanggul Pulau Pinang. Seramai  40 orang kru menyertai picnic kali ini. Sebelum memulakan perjalanan semua kru dihidangkan dengan makanan sandwich untuk sarapan pagi. Sebelum bertolak bacaan doa dibaca oleh salah seorang kru. Banyak acara telah disediakan seperti pelbagai permainan game yang menyeronokkan, pertandingan karaoke, BBQ dan pertandingan memancing. Hadiah yang menarik juga telah disediakan yang menyebabkan semua kru teruja dan bermain bersungguh-sungguh untuk memenanginya. BBQ seperti ayam, hotdog, kerang dan ikan bakar turut disediakan. Setelah semuanya selesai sesi fotografi untuk semua kru dan management tu diambil sebagai kenangan semua. Semua kru berasa sangat gembira dapat menyertai picnic pada kali ini.

No comments: