Jul 26, 2011

#112 Crew Picnic

Setiap kali menjelang pertengahan tahun crew-crew akan mula berbual-bual kosong dimanakah “Crew Picnic “ kali ini.
Pada 26 Julai lokasi kali ini di Pantai Pasir Tengkorak .
Seawal pagi lagi krew-krew telah berkumpul di McD Langkawi dengan wajah yang riang dan ceria , sebelum memulakan perjalanan Store Manager telah memberi taklimat terlebih dahulu
tentang activiti-activiti pada hari tersebut , activiti pertama ialah Explore race yang dimana setiap kumpulan perlu mencari maklumat berdasarkan soalan yang diberi , setibanya di Pantai Pasir Tengkorak setiap kumpulan di kehendaki berjumpa dengan “Marshall”bagi membuktikan soalan soalan yang di beri dijawap dengan sepenuhnya.
Activiti-activiti diteruskan lagi dengan permainan “Ledakkan Gunung Berapi”/ Dakapan Maut/ Sedutan Berahi dan bisikan cinta.
Acara kemuncak pada hari tersebut ialah penyampaian hadiah kepada pemenang –pemenang . Setelah bertungkus lumus kumpulan “Ferrari” telah membuktikan kesungguhan mereka untuk memenangi pertandingan pada hari tersebut .

No comments: