Jul 11, 2011

#245 Crew Picnic

McDonald’s Bandar Perda DT (BPDT) telah mengadakan perkelahan pada 11/07/2011,bertempat di Tanjung Asam, Pulau Pinang. Semua Crew & Pengurus BPDT berkumpul seawal jam 8.00 pagi. Aktiviti di mulakan dengan bacaan doa & ucapan oleh Pengurus Restoran Puan Emmy Suhaila. Pembahagian kumpulan yang terbahagi kepada 3 kumpulan iaitu Warrior, Power dan Champion. Kami bertolak pada pukul 9.00 pagi . Acara dimulakan dengan senamrobik yang diketuai oleh Penolong Pengurus iaitu Haslan dan diikuti dengan makan tengahari. Makan tengahari yang disajikan ialah ikan kari bawal, sambal sotong, sayur campur, daging masak kicap, ikan kering & ulam-ulaman.
Aktiviti yang dijalankan ialah acara sukaneka yang di uruskan oleh Pengurus Kerja iaitu Fairuz. Antara permainan menarik ialah kepitan maut,gula-gula beracun, & makan buah-buahan tempatan.
Aktiviti diakhiri dengan acara penyampaian hadiah & cenderamata. Tempat pertama telah dimenangi oleh kumpulan Warrior, diikuti rapat oleh kumpulan Power & Champion.
Kami menikmati makan malam di Char Kuew Teow Permatang Pauh dan acara memotong kek untuk meraikan harijadi krew.
Walaupun keletihan namun jelas terpancar kegembiraan pada wajah semua krew yang menjayakan program ini sekaligus mengeratkan lagi tali silaturrahim di antara pihak pengurusan dan semua krew. Program ini telah berakhir kira-kira jam 9.00 malam.

No comments: