Jul 19, 2011

#54 Crew Picnic

Pada 19 Julai 2011 Mcd Sunshine Sq telah mengadakan Crew Picnic .Lokasi yang dipilih adalah berdekatan dengan Batu Feringghi iaitu Banglo Bayu Senja .Kesemua crew Mcd Sunshine Sq mulai berkumpul dihadapan Mcd pada pukul 9.30pagi.Tepat pada pukul 11.00 pg kami semua telah pun sampai di banglo tersebut.Crew Picnic tersebut telah dihadiri oleh seramai 40 orang crew Mcd Sunshine.
Setibanya di banglo tersebut kami telah dihidangkan dengan makanan tengahari iaitu nasi dan juga kuih-muih.Antara aktiviti aktiviti yang dijalankan pada petang tersebut ialah acara ditepi pantai dan juga bbq .Aktiviti pantai berakhir pada pukul 6.30 petang.selepas saja selesai aktiviti pantai kesemua crew telah pun berkumpul di banglo untuk sesi bbq pula.Makanan untuk bbq pula terdiri daripada sotong ,ayam,ikan dan juga udang.Sambil menjamu selera makanan bbq kami juga dihidangkan dengan buah-buahan tempatan seperti durian,manggis ,rambutan dan juga langsat. Crew Picnic Mcd Sunshine telah pun bersurai pada pukul 9.00 malam .Sebelum bersurai sesi taklimat dan ucapan telah diberikan oleh store manager iaitu Puan Norizan.Picnic tersebut bersurai dengan penuh rasa kegembiraan dan keseronokan yang terpamir diwajah setiap crew Mcd Sunshine Sq.

No comments: