Apr 27, 2010

Crew Meet @ #25 McDonald's Greenlane


Meriah,hebat dan mengembirakan serta penuh informasi terkini…itulah yang dapat digambarkan suasana perjumpaan krew yang berlangsung pada tanggal 27 April 2010.Perjumpaan krew ini diadakan di ‘Training Room’ McDonalds Greenlane.Perjumpaan kali ini membawa tema sempena Piala Dunia 2010.Krew-krew dibahagikan kepada 4 buah kumpulan mewakili Negara Brazil,Japan,Portugal dan England.Setiap kumpulan diketuai olah seorang Penolong Pengurus.

Seminggu sebelum berlangsungnya perjumpaan ini,setiap kumpulan sudah mula teruja mencari jersi untuk dipakai di samping mencipta slogan untuk kumpulan masing-masing.Ternyata setiap krew begitu ternanti-nanti tibanya perjumpaan ini.Selain teruja dengan kesibukan mencari identiti kumpulan,fokus utama perjumpaan krew tetap diutamakan iaitu menyampaikan strategi syarikat dan maklumat-maklumat terkini mengenai promosi terbaru dan yang akan datang.

Perjumpaan pada petang tersebut dimulakan dengan ucapan dari Pengurus Stor. Beliau memberi penerangan mengenai strategi syarikat yang perlu dicapai pada tahun ini .Ucapan beliau diselang-seli dengan penayangan video yang dihantar oleh pihak HQ.Dalam perjumpaan ini juga krew diberi penjelasan mengenai promosi-promosi yang akan berlangsung dalam waktu terdekat ini seperti Promosi Dessert MangoPeach,Penjualan Coke Glass sempena Piala Dunia dan promosi Jualan Sarapan Pagi dan yang terbaru Promosi Mega Double.Krew juga diberi penjelasan terperinci mengenai ‘FAF competition’.Maklumat terkini mengenai prestasi stor Greenlane dalam pertandingan dan stategi untuk memastikan Greenlane mencapai kejayaan dalam pertandingan tersebut turut disampaikan.Pihak pengurusan Greenlane amat berharap setiap krew yang hadir faham dan jelas mengenai matlamat dan stategi untuk memastikan stor mencapai target dalam penjualan selain menyumbang keuntungan yang besar pada syarikat.Pada petang tersebut juga beberapa anugerah telah disampaikan kepada krew yang menunjukkan prestasi cemerlang.

Sesungguhnya perjumpaan krew ini bukan sahaja meriah tetapi krew yang hadir ternyata gembira disamping mereka mendapat informasi terkini mengenai stor dan apa yang perlu mereka lakukan untuk memastikan kejayaan buat stor dan syarikat.Justeru kami pihak pengurusan amatlah berharap setiap ahli keluarga besar Greenlanae dapat memberi perkhidmatan yang Cepat,Tepat dan Mesra kepada setiap pelanggan yang hadir,manjadikan McDonalds pilihan utama untuk menikmati hidangan yang berkualiti,perkhidmatan yang mesra dan cepat serta persekitaran yang bersih.

No comments: