Nov 24, 2009
KURSUS OPERASI KETUA KREW McDONALD’S - PENANG ISLAND
Pada 23hb dan 24hb November 2009, bertempat di Bilik Latihan McDonald’s Pulau Pinang telah diadakan “Kursus Operasi Ketua Crew ” untuk semua Ketua Krew di bahagian Pulau Pinang iaitu merangkumi dari OC Hong Chin dan Eng Chew.Seramai 16 Ketua Krew telah menghadiri kursus ini.
Kursus intensif operasi ketua krew ini telah diadakan selama dua hari bermula dari jam 9.00 pagi hingga ke 5.00 petang setiap hari.Selama dua hari ini semua ketua krew di latih dan di ajar untuk lebih memahami 7 asas (7 Foundation’s), Komunikasi, Tanggungjawab Ketua Crew,Keselamatan Makanan, Penghantaran Kualiti Makananan yang tebaik kepada pelanggan dan Latihan di dalam McDonald’s.
Selepas di ajar dan di latih dengan elemen-elemen itu semua ketua krew menjalani ujian pada hari terakhir kursus ini. Dan keputusan yang boleh dibanggakan apabila keseluruhannya lulus dengan cemerlang. Ini bermakna semua ketua krew memberi perhatian yang penuh di dalam kursus ini untuk di aplikasikan di restoren-restoren mereka.Dan kesemua mereka telah gradute dengan cemerlang dalam kursus ini. Tahniah buat semua Ketua Krew!
Dan jutaan terima kasih diucapkan kepada :-
Operation Consultants - Hong Chin dan Eng Chew
Store Manager
Samantha - #054 Sunshine Sq
Kak Lin - #097 Bukit Jambul
Mazlina - #190 Tesco Penang
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment