Apr 7, 2009

Crew I story

Safwan & Zaki

Shuhada & Shuhaimi

Aizat & Asyraf


Saya Mohd Safwan B.Karim bekerja sebagai Ketua Crew di McDonalds Tesco,telah bekerja di McDonalds selama 3 tahun..Sepanjang bekerja di sini saya telah banyak menimba ilmu dan pengalaman penting untuk diri saya.Saya mempunyai seorang adik lelaki iaitu Muhammad Zaki.Saya telah mengajak beliau untuk bekerja di McDonalds bersama-sama saya. Sebelum adik saya mula bekerja di McDonalds saya telah menceritakan serba sedikit mengenai McDonalds contohnya faedah-faedah yang bakal di terima dan juga kenangan-kenangan manis dan juga pahit, tidak lama kemudian adik saya pun turut menyertai McDonalds.Tujuan saya mengajak adik saya bekerja di McDonalds adalah untuk menarik minat lebih ramai lagi anak-anak muda di luar sana untuk turut menyertainya sekali.
Seperti yang semua orang ketahui sekarang kerja amat sukar untuk di cari sekarang.Sekurang-kurangnya jika adik saya bekerja di sini nanti tahu beliau boleh membina kerjayanya di sini suatu hari nanti dan mungkin juga selepas ini adik saya akan membawa lebih ramai lagi kawan-kawanya untuk menyertai McDonalds.Sekarang sudah hampir 4 bulan adik saya bekerja di sini. Kami berdua amat seronok sekali bekerja di sini dan buat masa sekarang belum terfikir untuk berhenti…I LUV MY JOB…

No comments: