May 18, 2008

Large Order - Mas Kargo Amazing Hunt


Sunshine Square telah bekerjasama dengan Mas Kargo semasa Pertandingan Treasure Hunt yang dianjurkan oleh syarikat mereka. Stor kami menjadi Pit Stop ke-3 !

Kami telah membuat persiapan seawal 6 pagi dan menanti ketibaan mereka lebih kurang pada jam 9.30am. Peserta diberi soalan "The World's Favorite Breakfast" dan cluenya adalah "i'm lovin' it".

Peserta yang datang diberi hidangan McDonald's yang lazat iaitu 1 Filet, 1 Sausage McMuffin, 1 pilihan Apple atau Banana Pie dan minuman kopi, teh atau Milo. Jumlah Sales kami adalah RM5342.52!

Kru-kru dan manager yang menjayakan Large Order ini amat terhibur dengan aksi-aksi dan gelagat peserta yang bertanding dan amat berharap dapat bekerjasama dengan mereka lagi pada masa akan datang.

Para peserta juga sangat gembira dan puashati dengan sambutan dari kami sambil menyanyi "ba da ba ba ba ... i'm lovin' it" ! Komiti Treasure Hunt tersebut Cik Melinda (Mgr Mas Kargo) pun jadi regular customer restoran kita dan kawan baik kepada Samantha (SM kita yang friendly sekali). Tidak lupa untuk Add-On sales lagi, kita juga sediakan counter di depan store untuk menjual mineral water.

Ribuan terima kasih kepada restoran-restoran di Pulau Pinang yang sanggup menolong kami dari segi Products, mereka dengan murah hati mampu transfer English Muffin kepada kita.

Nasib baik tak minta kongsi Sales dengan mereka ... haha !

1 comment:

Unknown said...

how i missed preparing for large order... teringat masa kat #54 dulu2... abg aziz is back there? and also Shariza is still there? wah.. salute la...