Jun 20, 2011

#181 Crew Picnic

Pada 20 Jun 2011 McDonald’s Caltex Sunway Prai telah mengadakan Crew picnic bertempat di Teluk Bahang Pulau Pinang. Seramai 48 orang telah menyertai picnic ini.Bermula dari jam 8 pagi berkumpul di McDonald’s Caltex Sunway dan berakhir pada jam 5.30 petang. Pelbagai makanan dihidangkan seperti nasi campu, buah buahan, agar-agar, laksa, bihun goreng dan sirap. Buah- buahan tempatan juga dihidangkan seperti manggis dan durian.Aktiviti berkumpulan juga dilakukan. Selain itu permainan futsal padang juga diadakan dan permainan ini sangat menggembirakan semua orang yang bermain. Cabutan bertuah juga diadakan bagi semua orang. Hadiah tempat pertama adalah kipas angin Elba dan dimenangi oleh krew bernama Lela. Akhir sekali, semua orang bergambar sebagai kenangan.

No comments: