Dec 11, 2010

Pembukaan Rasmi Mcdonalds Pandu Lalu Kampar #255

Meriah…itulah kata-kata yang dapat digambarkan pada Majlis Pembukkan Rasmi McDonalds Pandu Lalu Kampar.Majlis ini berlangsung pada 12 Disember 2010 dan bermula pada pukul 9.30 pagi dengan ketibaan tetamu kehormat Duta McDonalds,Ronald Mcdonalds dan Pengurus Operasi Kawasan Utara Puan Melanie Lim.Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran Encik Chan Chee Chin Presiden RMHC (Ronald McDonalds House Charity).Selain itu majlis turut mendapat sokongan dari semua Perunding Operasi bahagian Utara dan Pengurus Restoran serta kakitangan Mcdonalds dari kawasan Perak.
Pada majlis ini turut diadakan sumbangan kepada Rumah Anak Yatim Darussakinah sebanyak RM2000.Cek disampaikan oleh Encik Chan Chee Chin kepada Pengerusi Yayasan Anak Yatim Darussakinah iaitu Tuan Haji Sulaiman Bin Haji Hashim.Seramai 10 orang anak yatim berumur di antara 7 sehingga 15 tahun telah hadir memeriahkan majlis.Majlis pemotongan reben telah disempurnakan oleh Ronald dan Puan Melanie Lim.Acara tarian singa menyusul selepas acara pemotongan reben. Pembukaan rasmi ini telah diserikan dengan persembahan dari 3 buah tadika.Pelbagai acara lain turut diadakan pada majlis ini seperti Pertandingan Mewarna,Gerai permainan,Pameran Keselamatan dari Polis Di Raja Malaysia dan Pemeriksaan Kesihatan oleh Klinik Kesihatan Kampar.
Acara kemuncak pada hari tersebut ialah pemotongan kek oleh Pengurus Restoran bersama kesemua Pengurus McDonalds Pandu Lalu Kampar.Acara berakhir pada pukul 1.30 petang.Semoga Mcdonalds Pandu Lalu Kampar terus maju dan memberi keuntungan besar pada pihak syarikat.

No comments: