Jun 7, 2010

Crew Picnic - McDonald's Greenlane

‘Happening n Havoc Crew Picnic’


7 June 2010 -‘Ghost Bungalow’, Batu Feringghi

Ketibaan kami semua disambut dengan angin sepoi-sepoi bahasa,cuaca yang cerah dan redup. Tergambar wajah-wajah keriangan di wajah semua krew dan pengurus. Acara pagi tersebut dimulakan dengan bacaan doa oleh semua krew yang beragama Islam dan sarapan pagi. Selepas sarapan, acara diteruskan dengan ‘Indoor Games’ iaitu ‘Win, Lose N Draw’ dan disambung dgn acara sukaneka di tepi pantai. Kumpulan England, Brazil, Japan dan Portugal terlibat dalam sukaneka begitu gembira dan masing-masing bertungkus-lumus untuk memenangi acara tersebut.

Selepas hidang tengahari, semua berkumpul semula taklimat ringkas drpd Pengurus Stor, Beliau mengekspresikan ucapan jutaan TERIMA KASIH kepada semua krew di atas usaha keras bekerja sehingga dinobatkan sebagai juara ‘FAF Challenge’ untuk bulan Mei 2010. Sebagai tanda terima kasih dan menghargai penat-lelah semua krew dihadiahi sehelai T-shirt McD. Pihak pengurusan amat berbesar hati dan bangga dengan segala kerjasama yang ditunjukkan oleh semua krew tanpa mengira waktu. Tanpa kerjasama dan usaha tidak mungkin kejayaan itu milik kita. Tiada yang mustahil untuk dikecapi sekiranya kita percaya pada diri masing-masing.Inilah yang menjadi kekuatan pada setiap warga McD Greenlane. (Hidup GREENLANE…cayalah!!!)

Pada sebelah petang, acara diteruskan dengan ‘Amazing Race ala Greenlane’ . Sesungguhnya acara ini ingin memupuk semangat kerjasama di antara krew umumnya dan diantara krew dan pegurus khasnya. Ternyata acara ini juga berjaya memupuk semangat silaturrahim antara semua pihak.

‘BBQ Dinner’ dihidang pada waktu malam. Jutaan terima kasih pada SM Kita, Lay Yong dan Kak Suhana yang pecah peluh membakar juadah untuk BBQ. Wa caya lu!!! he…he…

Akhir sekali terima kasih kepada semua Pengurus; terutamanya organizer WILLIAM yang bertungkus-lumus untuk menjayakan perkelahan krew pada tahun ini.

Kumpulan Brazil dinobatkan JUARA keseluruhan untuk pertandingan yang berlangsung pada hari itu.

Kumpulan ENGLAND pula muncul Kumpulan Terbaik untuk suku tahun yang pertama~ Syabas!!!

Message from SM: “Achieved daily TTL and GC target for day and night peak hour = SCORE; Lateness & No Show = BOOOOOM… WELL DONE TEAM ENGLAND!!!

None of Us as AWESOME as ALL OF US… Together, We are Unstoppable!

2 comments:

G. Ames said...

Unlike before when card games were considered plain and boring, many card games come with a twist these days, making it a popular choice for kids' indoor games. The secret to a good card game is the ability of the player to more cards to complement the core of their games. In Japan, card games like Yu-gi-oh: Duel Monsters, Pokemon card game, Duel Masters and other recent developed card games give the old Trump cards a new twist and a new flavor. The Japanese have conquered the world with these card games and they have brought dying kids indoor games new life.

Suhana Suid said...

like a big happy family :)