Jun 17, 2010
#093 DESA UNIVERSITI CREW PICNIC
17Jun 2010, Tibalah hari yang dinanti – nantikan selama ini, iaitu ‘Crew Picnic”. Kami beramai – ramai telah menuju ke “Batu Feringghi - Bayu Senja Banglo”.
Kami memulakan acara dengan makan tengahari dengan makanan yang sedap-sedap dimasak oleh seorang kru bernama “Kak Rohaya”.
Acara diteruskan dengan Aktiviti – Aktiviti menarik yang telah dirancangkan. Sebelah petang hingga kemalam kami memulakan acara memanggang (BBQ) yang diuruskan oleh pengurus “Adli” bersama beberapa kru-kru.
Makan malam kami sediakan beramai –ramai oleh semua pengurus dan juga kru-kru untuk menikmati juadah bersama.
Setiap masa yang terluang di manfaatkan untuk bergambar beramai-ramai dan juga disetiap sudut atau pun dimana-mana jua termasuk. Segenap sudut dan ceruk.
Penghargaan diberi kepada semua pekerja yang telah bertungkus lumus melaksanakan operasi dengan lancar dan cemerlang. Setiap pengurus dan juga kru diberi hadiah saguhati seperti “Mug World Cup” dan “Sling Bag” dari syarikat.
Sebelum bersurai kami akhiri dengan Sambutan Hari Jadi kepada yang menyambut Hari Lahir pada Bulan May, Jun & Julai. (HAPPY BIRTHDAY)
Sebelum berpisah diakhiri dengan serangkap pantun
Kalau ada Sumur Di Ladang,
Boleh Kita Menumpang Mandi,
Kalau Ada Umur Yang Panjang,
Tahun Depan Kita Ber “Picnic” Lagi………
Jumpa Ditahun Depan……..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment