Feb 19, 2010

Jamuan Makan Di McDonald's Caltex-Sekolah Anak Yatim Che Bema.

Pada 19/2/2010 pukul 5pm,kami telah menerima kunjungan dari sekolah anak-anak yatim Che Bema dari Sungai Petani,Kedah.Seramai 19 kanak-kanak antara umur 10 tahun sehingga 15 tahun telah datang untuk diraikan oleh 'BAKAT' (Badan Kebajikan Angkatan Tentera Malaysia) yang diketuai oleh Pengerusi Datin Samsiah bte Abdul Samad isteri kepada Mejar Jeneral Dato' Mohd Noor bin Daud Panglima Tentera 2 Divisyen.Mereka menjamu selera dengan Medim set Big Mac dan Sundae.Kanak-kanak ini amat gembira kerana dapat bersama-sama meraikan jamuan makan di McDonald.

No comments: