Nov 17, 2008

Bayan Baru Mini Market Crew Year End Party









‘Annual Dinner’ Hong Chin’s area yang disertai oleh store Sunshine square, Desa U , KBJ, Prangin Mall, Tesco dan Queensbay Mall telah diadakan dengan gilang gemilang pada 17 November 2008 bertempat di dewan ‘Stallion”, Bukit Dumbar, Pulau Pinang. Acara tersebut bermula dari pukul 7 petang sehinggalah 12 tengah malam yang bertemakan hijau putih. Kesemua kru, manager dan VIP yang hadir segak bergaya dengan pelbagai pakaian yang berwarna hijau putih. Pelbagai acara telah diadakan termasuklah pemberian sijil penghargaan kepada kru yang bekerja selama 1 tahun, 3 tahun, 5 tahun dan 10 tahun, persembahan tarian dan nyanyian yang disertai oleh kelima-lima store dan juga pelbagai “games” di mainkan. Acara tersebut juga telah diserikan dengan persembahan live band yang menyampaikan pelbagai jenis lagu yang mengasyikkan. Emcee pada malam itu juga dapat menarik perhatian dengan keletahnya yang menghiburkan kesemua kru.
Selain itu Haliza Basir (MFY konsultan) dan Melissa dari HQ turut serta bergembira dan menyerikan malam tersebut.

No comments: