Tanggal 30 November 2008 bertempat di Jabatan Buruh,Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR) Pulau Pinang,telah berlangsung temuduga terbuka atau dikenali sebagai Hari Kerjaya.Program ini dianjurkan oleh Jabatan Buruh Pulau Pinang.Pihak McDonalds melalui Puan Suriani Othman (Pengurus Restoran McD Greenlane) telah dijemput bersama untuk menyertai program ini.
Temuduga terbuka ini yang bermula pada pukul 10 pagi hingga 5 petang disertai oleh pelbagai agensi Kerajaan dan Swasta. Tiga orang Pengurus Restoran McDonalds iaitu Puan Suriani Othman,Puan Salina Mohamed dan Encik Tan Chee Beng telah meluangkan masa untuk menemuduga calon-calon yang berminat untuk menyertai McDonalds.Ternyata program ini berjaya menarik ramai pihak yang datang dari pelbagai latar belakang pendidikan.