Feb 16, 2008

1st Anniversary - McD Sri Manjung


SAMBUTAN ULANG TAHUN PERTAMA McD SRI MANJUNG

Tanggal 16hb.Feb,2008 adalah tarikh bersejarah bagi McDonald’s Sri Manjung di mana kami meraikan ulang tahun yang pertama.Acara bermula pada pukul 8 pagi hingga pukul 4 petang.Majlis bermula seawal pukul 8.00pagi dengan persembahan Taichi Aerobic bersama ahli-ahli dari kelab Taichi Setiawan yang berasaskan Senaman .Di samping itu ulang tahun pertama dimeriahkan lagi dengan pertandingan mewarna ,pakaian beragam, games stall, dimana sebanyak 5 khemah telah disediakan untuk meraikan majlis ini.

Tepat pukul 12.00 tgh hari ,majlis bertambah meriah dengan ketibaan Ronald McDonald’s diiringi dengan paluan kompang dan disambut oleh semua crew dan Manager McD Sri Manjung.

Majlis diserikan lagi dengan kehadiran anak–anak yatim dari SRK Seri Manjung. Disamping itu pendaftaran peraduan mewarna sedang berjalan serentak dengan McDonald’s Birthday Party dan Ronald McDonald’s Kid Club Roadshow yang dikendalikan oleh Manager dan Crew kami.

Di dalam restoran aktiviti pemeriksaan Kesihatan dan menderma darah sedang berjalan dan diberikan secara percuma oleh Hospital Seri Manjung.Tepat pukul 1 tengahari seramai 500 orang penonton terdiri dari pelanggan-pelanggan McDonald’s telah menikmati persembahan pentas yang merupakan Persembahan Tarian dari 4 buah tadika,Hip Hop Showcase diikuti dengan Ronald Showtime.

No comments: