Oct 24, 2011

Family Night @ #228

Malam Keluarga McDonald's Penang International Airport (#228).

Majlis Malam Keluarga McDonald's Penang International Airport telah diadakan pada 24 October 2011 bermula jam 8:30 malam. Objektif utama majlis ini diadakan bagi mengeratkan silaturrahim antara pihak pengurusan restoran dengan ahli keluaga pihak krew.
Majlis ini juga adalah sebagai satu platform untuk ahli keluarga krew lebih mengenali bidang tugas dan masa depan kerjaya anak-anak mereka bersama McDonald's. Ianya juga memberi gambaran yang jelas tentang tanggungjawab dan cabaran yang dihadapi oleh setiap individu yang bertugas di restoran McDonald's.
Pada majlis ini,para waris & crew turut diperkenalkan dengan produk terbaru kami iaitu "Classic Chicken McDeluxe & Chicken McBites" .
Para hadirin turut diberi peluang untuk menyertai lawatan di sebalik tabir dimana mereka dapat menyaksikan cara McDonald's menyediakan makanan mengunakan peralatan dan teknologi dapurnya serba canggih serta ramuan yang bermutu tinggi. Pada masa yang sama,para hadirin juga turut diberi penerangan terperinci tentang cara makanan McDonald's disediakan.
Majlis ini telah berlangsung dengan jayanya seperti yang dirancang. Para waris juga turut memberi tindak balas yang baik. Pihak pengurusan restoran amat berbesar hati dengan komitmen yang diberikan dan didahului dengan ucapan terima kasih. Jumpa lagi!!!

No comments: