Aug 11, 2010
CLOC class Mini Market Hong Chin and Eng Chew.
Hari pertama.
Bertarikh 11dan 12 bulan Ogos ,mini market Hong Chin telah mengadakan CLOC class ini diadakan selama 2 hari. Bertempat di McDonalds GreenlaneTraining Room
yang bermula tepat jam 10 mlm sehingga 6 pagi.9 store yang terlibat iaitu #21 Sunrise,#25 Greenlane,#97 Bukit Jambul,#190
Tesco,#66 Midland ,#93 Desa U,#150 Prangin Mall,# 219 Caltex Farlim dan #235 Gurney Plaza , jumlah krew yang hadir adalah seramai 27 orang.Mereka dibahagikan kepada 4 kumpulan .iaitu Kumpulan Chili,Kumpulan Avatar,Kumpulan Pom Pom dan Kumpulan Doremon ,
Sebelum kelas bermula , kami mengadakan sesi "group photo" yang dikendalikan oleh Lay Yong.Suasananya sungguh meriah
Dengan riuh-rendah serta gelak ketawa ,kerana pelbagai reaksi muka di tonjolkan oleh krew ketika mengambil gambar.
Setelah selesai bergambar 27 crew yang terpilih dari 9 store diberikan "Entrance Examination "oleh Day Nee pada pukul 10.30 malam bagi menguji tahap pengetahuan setiap crew.Pada pukul 11 malam kelas bermula dengan "Delivery Brand Promise "dan "Soc Verification" yang diterangkan oleh Soo Cheng. Kami diberikan "short break" selama 15 minit bagi setiap 2 subjek, tp bagi crew yang lambat masuk ke kelas akan dikenakan denda menari didepan kelas ,ini secara tidak langsung memberikan kami semangat dan kesegaran memandangkan inilah kali pertama kelas ini diadakan di waktu malam.Kemudian pembelajaran disambung kembali pada jam 2.2 pagi oleh Raymond yang menerangkan tentang "Being A Leader " , bagaimana nak menjadi seorang ketua dalam sesuatu organisasi?.
Diikuti "Communicate Effectively” oleh Chee Beng yang menerangkan lebih terperinci kepada krew cara berkomunikasi dengan lebih berkesan.Perjalanan pembelajaran menjadi lebih menyeronokkan dengan "MAKAN TIME" yang disediakan oleh Kak Norizan . Tq Kak Izan .
Hari Kedua.
Bermula pada jam 10 mlm, sistem pembelajaran disambung kembali dengan "Recap Yesterday” dan "Training Crew" Oleh Soo Cheng dan Lay Yong. Diikuti dengan "Four Step Method" yang dikendalikan oleh Chee Beng.Pembelajaran "Four Step Method Of Training" yang paling best, krew akan dipilih secara rawak untuk melakukan demostrasi depan kelas.Sungguh melucukan kerana pelbagai cara dan reaksi yg ditonjolkan oleh krew yg terpilih ketika melakukan demostrasi .."hehehe " . Kami diberikan "short break" selama 15 minit. Pembelajaran disambung semula dengan "How To Use Training Notes" oleh Chin Yang. Ching Yang menerangkan kepada kami secara terperinci tentang penggunaan "Training Notes" dalam kelas tersebut.Pada jam 4.20 pagi ,masa yang ditunggu-tunggu telah tiba . “Final Examination” yang dikendalikan oleh Soo Cheng. "Final Examination " mengambil masa selama 30 Minit .
Kelihatan wajah-wajah keceriaan ,kepuasan dan ketakutan terpancar di wajah setiap krew.Sambil menanti keputusan
"Final Examination “, krew diberikan sedikit penerangan tentang MFY (Made For You) dan peralatan yang digunakan dalam MFY oleh Lay Yong.Seterusnya, MAKAN TIME! Yum..Yum yang di kendalikan oleh Norizan .
Setelah selesai makan , krew diarah berkumpul kembali ke training room untuk majlis graduation dan penerimaan
"SIJIL CLOC CLASS MINI MARKET HONG CHIN AND ENG CHEW" kepada semua krew yang menghadiri kelas CLOC.
Best Contributorr dimenangi oleh Saudari Noor Shahera Jailen Binti Khattab Jee dari store #25 Greenlane dan
Archie Award dimenangi oleh Yasri Bin Amir dari store #25 Greenlane.Hamper game time turut diberikan kepada kumpulan yg menang. Sebelum bersurai , kami mengadakan sesi "group photo" sekali lagi tetapi bersama-sama dengan OC tersayang Teoh Hong Chin. Pada jam 6 am kelas bersurai.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment