Dec 29, 2008

PERJUMPAAN KREW DAN JAMUAN AKHIR TAHUN 2008

Merah dan hijau menjadi tema untuk Perjumpaan Krew dan Jamuan Akhir Tahun 2008.Acara ini berlangsung pada 29 Disember 2008 pada jam 8 malam bertempat di ‘Training Room’ Mcd Greenlane.
Semua krew dan Pengurus yang hadir dikehendaki membawa sebungkus hadiah untuk sesi pertukaran hadiah.Selain krew dan Pengurus McD Greenlane,Pengurus Stor Kak Suria berbesar hati menjemput beberapa Pengurus yang pernah berkhidmat di McD Greenlane.Antara jemputan terhormat tersebut ialah Kak Safna(SM Teluk Intan),En.Fuad (1St Asst. Teluk Intan),En.Zulkifli(Jerung-FM Sunrise),En.Melvin(2nd Asst.Caltex Farlim) dan En.Husni(FM Sunshine).
Majlis dimulai dengan ucapan pembuka oleh Kak Suria.Antara intipati ucapan beliau ialah info-info terkini yang akan berlangsung sepanjang bulan Januari iaitu penjualan menu Prosperity Chicken , pengeluaran menu CFO,Big n Tasty dan Banana Pie berkuatkuasa 5 Februari,penutupan RMKC dan beberapa info mengenai stor.
Setiap krew dan Pengurus yang hadir telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan.Setiap kumpulan dikehendaki menyampaikan lagu nyanyian Krismas sempena Hari Krismas.Ternyata setiap kumpulan mempunyai daya kreativiti masing-masing.Jelas kelihatan kerjasama setiap ahli pasukan.Acara diteruskan dengan penyampaian hadiah ‘Best Male Dress’ yang dimenangi oleh suadara Faizal dan ‘Best Female Dress’ oleh Mrs Krua Sae Tho.Pihak Pengurusan McD Greenlane juga berbesar hati menganugerahkan cenderahati kepada beberapa krew terpilih yang menunjukkan prestasi membanggakan sepanjang bulan Disember.Sesi pertukaran hadiah dijalankan selepas upacara penyampaian anugerah.
Pada malam tersebut,kami semua dijamu dengan hidangan ayam panggang dan spaghetti serta salad buah-buahan.Terima kasih kepada En.William dan Cik Zila yang bertungkus lumus menyediakan juadah pada malam tersebut.
Ternyata semua krew dan Pengurus pulang dengan perut yang kenyang dan hadiah yang menarik.Pihak Pengurusan dan krew Greenlane mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua tetamu kehormat yang sudi meluangkan masa hadir ke majlis ini.





No comments: