Tanah Tinggi Genting (Genting Highlands) ... tempat penuh keriangan menjadi destinasi kedua kami setelah muncul sebagai naib juara dalam Drive-Thru Challenge 2008. Tidak semua mampu ke sana kerana kesibukan kerja, tetapi kami kakitangan McD Greenlane telah mendapat peluang keemasan untuk bercuti di sana selama dua hari satu malam. Semua penat lelah dan usaha kami sebelum, semasa, dan selepas pertandingan terbalas jua akhirnya.
Pada tanggal 20hb Oktober 2008,kami bertolak dengan sebuah bas tepat 7 pagi - seramai 44 orang krew dan pengurus mengikuti rombongan ini. Terpancar wajah-wajah keriangan terutamanya krew dan manager yang tidak pernah ke sana.
Kami menginap di Hotel First World. Semua perbelanjaan termasuk hotel, makan, taman tema dalam dan luar serta tambang pergi balik menggunakan wang kemenangan. Pendek kata, semua ditaja lah! Pada malan tersebut, semua pengurus mendapat hadiah kejutan dari Kak Suria ... hadiah yang dimaksudkan ialah kami dibawa menonton aksi silap mata dengan tema “DreamZ”. Ternyata semua pengurus begitu teruja menyaksikan pertunjukan tersebut. “Terima Kasih Kak Suria" -- Dari semua pengurus sayap kiri dan kanan McDonald’s Greenlane!
Keesokan harinya, sesudah sarapan pagi di hotel, kami bertolak pulang ke Pulau Pinang. Walaupun berasa letih, kami semua menbawa kenangan yang paling indah semasa berada di sana. Doakan semoga tahun hadapan berkat sokongan dan kerjasama kami menjadi “JUARA” pula !!!
McDonald’s Greenlane BOLEH…!!!!!! Go For Gold…!!!!!!
1 comment:
best.... we enjoy habis...
Post a Comment