Mar 22, 2008

Grand Opening - McD Jalan Sultan Azlan Shah

Pada 22 Mac,2008 yang lalu, McD JSAS telah meraikan Majlis Pembukaan Rasmi. Majlis bermula seawal jam 8 pagi dengan Rutin Aerobik Salsa dan Karnival Pameran sebanyak 11 khemah.

Tepat pukul 9.30 pagi,majlis bertambah meriah dengan ketibaan Ronald McDonald diiringi dengan paluan kompang dan disambut oleh semua kakitangan stor JSAS. Ronald kemudian melepaskan belon ke udara menandakan bermulanya upacara kemuncak “GRAND OPENING”. Ronald juga telah menandatangani Guest Book sebelum memotong riben di pintu masuk restoran.

Pelbagai persembahan telah disediakan ... Silat,Cultural Dance,Peraduan Mewarna,Tarian dari 5 buah tadika,Yamaha Musical Orchestra,Hip Hop Showcase dan diikuti dengan Ronald Showtime .. Pada masa yang sama,kami juga megadakan Roadshow Birthday Party dan RMKC.

Di dalam restoran, aktiviti pemeriksaan Kesihatan dan menderma darah dilaksanakan secara percuma oleh kakitangan Hospital Batu Gajah.

Pihak Pengurusan ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas sokongan yang diberikan oleh OM Melanie,Kartina,OC Elena,Eng Chew,Hong Chin,Azemah serta Pengurus Restoran yang datang bersama-sama ke Perak untuk menjayakan and memeriahkan lagi Majlis Grand Opening ini.

No comments: