Dec 2, 2013
Georgetown MM Crew Year End Party 2013
PULAU PINANG, 2 December - Bertempat di Corpthorne Hotel, Tanjung Bungah. Mini Market Georgetown telah mengadakan acara parti tahunannya. Dengan bertemakan "Back to School" semua yang hadir WAJIB mengayakannya !
Para VIP yang hadir adalah Elena Khoo(Pengurus Operasi) and semua Perunding Operasi Northern Dream Team. Termina Kasih kepada A.Nee, Kay, Safna, Saiful, Chong Beng, Soo Cheng, Raymond dan Vijay yang hadir juga semua Pengurus Store,Pengurus, Krew, VIP dan rider untuk meraikannya !
Pelbagai acara telah diadakan seperti Cabutan Bertuah, Persembahan dari store, permainan dan macam-macam lagi ! Dalam parti ini juga Mini Market Georgetown telah memberikan penghargaan kepada Pengurus dan Krew yang telah berkhidmat selama 3,5,10,15 dan 20 tahun dengan McDonald's Malaysia ! Sememangnya McDonald's amat menghargai sumbangan dan jasa mereka !
Semua yang hadir untuk parti kali ini amat terhibur dengan agenda yang telah di atur oleh jawatankuasa parti ! Syabas Jawatankuasa Parti
Nov 18, 2013
Anugerah Restoran Makanan Segara Terbersih - McDonald's Greenlane
Sempena sambutan Hari Penjaja & Komuniti Peniaga Tahun 2013 yang dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang, restoran kami telah memenangi tempat Pertama dalam Kategori Restoran Makanan Segera terbersih peringkat negeri, diikuti tempat Kedua – KFC Batu lanchang dan tempat Ketiga – Subway Lebuh Pantai.
Majlis sambutan ini telah diadakan di Ballroom Sri Mas, Hotel Bayview pada 18 November 2013.
Sijil penghargaan dianugerahi oleh Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, YB Dato' Haji Mohd. Rashid Bin Hasnon yang diiringi oleh Yang Di-Pertua Majlis Perbandaran Pulau Pinang, Dato Patahiyah Binti Ismail.
Sijil penghargaan dianugerah kepada premis-premis pemenag mesti mematuhi syarat-syarat, kehendak-kehendak dan Undang-Undang yang ditetapkan demi menjaga imej masyarakat penjaja dan negara.
Majlis Perbandaran Pulau Pinang juga berharap masyarakat penjaja mengambil langkah-langkah untuk meningkatkan keadaan kebersihan, keindahan dan keceriaan premis serta pemeliharaan alam sekitar termasuklah dalam hal-hal pengendalian makanan dan penggunaan bahan-bahan bungkusan makanan yang “environmental friendly”. Warga penjaja upaya tidak menggunakan bekas polystrene dan sebaliknya menggunakan bahan alternatif yang biodegradable selaras dengan Kempen Cleaner Greener Penang bagi mencapai status negeri bertaraf antarabangsa.
Selain itu, penjaja juga hendaklah menentukan kualiti produk jualan pada harga yang berpatutan kepada pengguna tempatan, berniaga berlesen, menjalankan pemeriksaan kesihatan (Typhoid), memakai apron dan topi, mengamalkan tabiat baik ketika pengendalian , premis yang bertanggungjawab dan memelihara kebersihan dan peraturan dan lain-lain lagi.
Sep 17, 2013
#181 Family Marketing (Smurf)
McDonald’s Caltex Sunway Prai telah mengadakan family aktiviti smurf.
Pada hari1 9-2013 jam pukul 9am. Peserta yang menyertai adalah dari Sekolah Kebangsaan Bandar Tasek Mutiara(orang kurang upaya)Jumlah peserta menyertai adalah seramai 27orang, cikgu 12orang.Semua peserta seronok dan bersemangat untuk membuat aktiviti.
Mar 6, 2013
Feb 14, 2013
#181 SHARE THE JOY OF THE PROSPERITY VALENTINE MEAL
McDonald’s Caltex Sunway Prai telah mengadakan aktiviti valentine day pada hari 14.2.13 dan 15.02.13.
Nama tema aktiviti kami adalah SHARE THE JOY OF THE PROSPERITY VALENTINE MEAL.Dengan aktiviti ini kami mendapat menarik perhatian customer ,dan juga customer dapat meluahkan perasaan kepada orang yang dikasihi.

Feb 5, 2013
Feb 3, 2013
Jan 19, 2013
#181 Prosperity Give Back Activity
Pada 19.1.2013 dan 20.1.2013 Store Caltex Sunway Prai telah mengadakan aktiviti FREE balloon sculpting dengan setiap pembelian Prosperity set besar.Dengan aktiviti ini kita dapat menarik perhatian ramai pelanggan dan juga ramai pelanggan mengambil tahu tentang aktiviti Prosperity give back ini.Aktiviti ini kita membuat bersama denganpelanggan di dalam McDonald’s dan di pandu lalu.
Jan 1, 2013
#228 New Year Celebrations
SAMBUTAN TAHUN BARU 2013 DI McDONALD'S PENANG INTERNATIONAL AIRPORT (#228)
Tatkala kita mengucapkan selamat tinggal kepada 2012 & kami turut mangalu-alukan kedatangan 2013 dengan penuh keriangan.
Pada 1 January 2013, seperti yang disarankan pihak Syarikat kami turut mempamerkan semangat kepasukanan kami dengan menampilkan kelainan untuk menarik semangat semua pasukan kerja McDonald's Penang International Airport untuk menyambut tahun baru yang lebih mencabar ini. .
Pada hari tersebut, seluruh pasukan kerja diberi penerangan tentang Target & Program yang akan dilaksanakan disepanjang tahun 2013 seperti yang dibentangkan oleh Pihak Syarikat. Sebagai langkah untuk menaikan semanagat pasukan kami memberi kelainan kepada krew-krew yang bekerja pada hari tersebut dengan memakai topi party & menconteng muka mereka dengan kreativiti yang tersendiri. Seluruh pasukan kerja berasa amat seronok sekali disamping berusaha untuk mencapai target & sasaran Pihak Syarikat.
Seperti yang di inginkan, Restaurant kami telah berjaya mencapai Target waktu kemuncak untuk sarapan pagi dengan pencampaian sebanyak 38%. Itu adalah pencampaian yang amat membanggakan buat pasukan McDonald's Penang International Airport. Kami akan terus besemangat & berusa untuk mencapai target & sasaran yang yang diingikan pada hari-hari mendatang.
Dengan semangat yang dipamerkan secara berterusan, Kami yakin bahawa Pasukan kami akan mencapai "Plan to Win 2013". Kami mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU kepada semua warga Northern Dream Team.
Semoga tahun 2013 menjadi '" Bigger, Better, Bolder " buat kita semua!

Subscribe to:
Posts (Atom)