Bagi meraikan kemenangan dalam Pertandingan Cabaran Pandu Lalu 2007(Drive-Thru Challenge 2007) yang diadakan pada 8 Disember 2007,di mana McD Greenlane telah memenangi tempat ke-3,satu lawatan ke Taman Tema Tambun,Ipoh telah diadakan.Dengan memenangi wang tunai sebanyak RM 3000,kami keluarga besar McD Greenlane meraikan kemenangan gemilang ini di taman tema tersebut pada 16 April 2008.Seramai 58 orang termasuk krew dan pihak pengurusan telah mengikuti lawatan ini.
Kami bertolak pada pukul 9 pagi dengan menaiki sebuah bas dan 4 buah kereta. Sebelum sampai ke Taman Tema Tambun,kami telah mengadakan lawatan ke McD Sultan Azlan Shah,Ipoh.Kehadiran kami yang ramai ini disambut penuh mesra oleh Pengurus Restoran, Encik Azahar Ismail dan Penolong Pengurus Satu serta kakitangan McD tersebut. Setelah hampir 40 minit di sana,perjalanan diteruskan ke destinasi yang menanti kehadiran kami ini.Tepat pukul 11 pagi,kami tiba di Taman Tema Tambun.Semua krew begitu gembira dan tidak sabar untuk meneroka taman tema tersebut.Segala penat lelah dan usaha keras kami semasa pertandingan tersebut akan terlerai di sini.
Setelah memasuki taman tema tersebut,Pengurus Restoran Cik Suriani Othman telah mengambil kesempatan mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua krew yang telah bekerja keras semasa pertandingan tersebut.Beliau juga berharap tahun ini kami akan mencipta kemenangan yang lebih besar lagi. taman tema ini.Setelah itu,kami telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk acara sukaneka yang dikendalikan oleh kakitangan taman tema tersebut.Sebanyak 4 acara telah diadakan.Semua krew begitu bersemangat semasa menyertai acara-acara tersebut.Pihak pengurusan turut sama memberi sokongan dan sorakan sepanjang berlangsungnya sukaneka.
Tepat pukul 5 petang barulah kami keluar dari Taman Tema tersebut.Walaupun kepenatan,semua krew ternyata gembira mengikuti lawatan ini.Kami sampai di McD Greenlane pada pukul 9 malam.
Kami Pihak Pengurusan dan semua kakitangan McD Greenlane mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua krew dan Pengurus dari restoran lain yang menjaga McD Greenlane semasa ketiadaan kami.
No comments:
Post a Comment