Pada 28-29 April 2008,kelas CLOC telah diadakan di McD Greenlane.Program selama 2 hari ini telah disertai oleh 40 orang Ketua Krew dan potensi Ketua Krew.Objektif utama diadakan kelas CLOC adalah untuk menaikkan tahap QSCV di stor,menambahkan ilmu pengetahuan,menaikkan tahap produktiviti dan untuk kemajuan diri.
Kelas selama 2 hari ini telah dikendalikan oleh Pengurus Restoran seperti Cik Suriani,Puan Satriah,Cik Lizawati,Cik Safna,Puan Day Nee,En.Raymond,En.Chee Beng dan En.Chong Beng dan dibantu oleh En.Fuad(Pengurus Satu Greenlane).
Pengajaran selama 2 hari meliputi topik-topik seperti kewajipan zon,MFY/UHC,latiahn,komunikasi,kerjasama,kawalan produksi,perkhidmatan iLi serta kawalan mutu dan sanitasi.
Pada hari terakhir,semua krew perlu menduduki ujian bagi menguji tahap kefahamn dan pengusaan ilmu selama tempoh pengajaran.Majlis graduasi telah diadakan sebelum tamatnya program.Ketua Krew dari McD Kompleks Bukit Jambul, Mohd.Hafizi B Abbas telah dipilih sebagai ‘Best Contributor’.Tahniah kepada semua krew yang telah menghadiri kelas ini.Harapan dari Pihak Pengurusan semoga ilmu yang diperoleh akan digunakan sebaik mungkin semasa bekerja.
No comments:
Post a Comment