Apr 12, 2008

Crew Referral - Eng Chew's Mini Market


Pada 12 Feb 2008 bertempat di Training Room,McD Greenlane, satu Jamuan Krew Referal telah dianjurkan bagi restoran Kawasan Eng Chew.

Objektif utama Jamuan Krew Referal ini untuk memberikan restoran satu sumber bagi menjemput calon yang berkelayakan sebagai krew baru dan untuk krew sedia ada peluang untuk memperkenalkan rakan atau ahli keluarga mereka.Selain itu,ia merupakan medan untuk menerangkan peluang kerjaya yang terdapat di McD.Perjumpaan ini juga memberi peluang pada mereka yang hadir mengemukan soalan mengenai McDonald's.

Agenda dimulakan dengan ucapan selamat datang kepada semua hadirin. Seramai 24 orang telah hadir pada hari tersebut. Semua krew dan jemputan telah mendaftar nama, alamat dan nombor untuk dihubungi untuk rujukan masa hadapan.

Semua jemputan turut memperkenalkan diri masing-masing,krew sedia ada turut berkongsi pengalaman menarik mereka selama bekerja di McD. Pengurus Restoran mengambil kesempatan ini untuk menerangkan tentang Program McR&R dan Core Crew. Store Tour pula dikendalikan oleh CSM Jessica.


Salah seorang FM McD Greenlane iaitu William turut dijemput untuk berkongsi pengalaman beliau selama bekerja di McD ... bermula sebagai seorang crew sehingga dilantik menjadi Pengurus.Seorang krew juga turut dijemput menceritakan pengalaman manis beliau dan ilmu yang diperoleh selama bekerja di McD.

Sesi temuduga turut dijalankan pada hari tersebut.Seramai 10 orang telah berjaya dalam sesi temuduga ini. Jamuan makan turut diadakan selepas sesi temuduga.

Sesungguhnya program ini telah berjaya membuka mata dan minda mereka yang hadir untuk mengenali lebih dekat faedah-faedah dan peluang kerjaya yang menjanjikan masa depan yang cerah!

No comments: