Jul 25, 2011

Pada hari Isnin, 25 July 2011 bertempat di McDonald’s bandar Perda DT telah diadakan kursus QPC train the trainer untuk kawasan Pemasaran Pengurus Operasi Elena. Kursus yang dibahagikan kepada 2 sessi iaitu pagi dan petang diadakan untuk menyediakan para pengurus untuk menghadapi pelancaran produk QPC yang akan dilanacarkan pada bulan september akan datang.

Kursus yang penuh dengan informasi tentang produk yang akan ditawarkan kepada para pelanggan serta pelan pemasaran telah menarik fokus semua Pengurus Restoran untuk memberi sepenuh perhatian pada kursus ini. Para Peserta telah deberi penerangan dari aspek penjagaan kualiti daging dari masa penghantaran ,ke bilik stor hingga disajikan kepada pelangan.Kursus diserikan lagi dengan pertadingan berkumpulan dari segi bagaimana mengambil suhu daging yang dimasak, membuat QPC dan Big & Tasty serta memasang peralatan sos tomato.
Akhir sekali peserta telah diuji dengan ujian pengetahuan mengenai tajuk yang diajar. Kursus ini telah mencapai sasarannya dengan memberi pengetahuan kepada Pengurus Restoran untuk menghadapi promosi akan datang.

No comments: