Tarikh : 27 Julai 2011
Lokasi : Pulau Pangkor
Buat pertama kalinya pada tahun ini semua pengurus dan krew dari McDonald`s Pengkalan akan mengadakan crew picnic di Pulau Pangkor.Dari seawal 7.00 pagi lagi semua pengurus dan krew telah berkumpul di store untuk ke Pulau Pangkor dengan menaiki bas yang di sewa khas.Jelas terpancar segala keseronokkan dan pengalaman yang akan mereka tempuhi nanti apabila berada di Pulau Pangkor.Tibanya di jetty Lumut,kesemuanya telah menaikki feri ke pulau tersebut dan tibanya di sana terus di jamu dengan makanan tengahari sebelum aktiviti laut dijalankan.Mereka juga telah mengalami pengalaman snokling melihat batu karang dan ikan di dasar laut.Sebelum pulang ke Ipoh tidak lupa juga pengumuman Crew Terbaik bagi bulan Julai iaitu Azrul dan di sampaikan oleh bekas pengurus dari restoran tersebut Encik Vijay yang telah sudi datang untuk memeriahkan crew picnic tahun ini.Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada Perunding Operasi kawasan Perak Encik Dzul,Cik Amalina dan Rodzaimi yang telah meluangkan masa bersama-sama kami dan semoga berjumpa lagi pada tahun hadapan :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment