Meriah…itulah kata-kata yang dapat digambarkan pada Majlis Pembukkan Rasmi McDonalds Pandu Lalu Kampar.Majlis ini berlangsung pada 12 Disember 2010 dan bermula pada pukul 9.30 pagi dengan ketibaan tetamu kehormat Duta McDonalds,Ronald Mcdonalds dan Pengurus Operasi Kawasan Utara Puan Melanie Lim.Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran Encik Chan Chee Chin Presiden RMHC (Ronald McDonalds House Charity).Selain itu majlis turut mendapat sokongan dari semua Perunding Operasi bahagian Utara dan Pengurus Restoran serta kakitangan Mcdonalds dari kawasan Perak.
Pada majlis ini turut diadakan sumbangan kepada Rumah Anak Yatim Darussakinah sebanyak RM2000.Cek disampaikan oleh Encik Chan Chee Chin kepada Pengerusi Yayasan Anak Yatim Darussakinah iaitu Tuan Haji Sulaiman Bin Haji Hashim.Seramai 10 orang anak yatim berumur di antara 7 sehingga 15 tahun telah hadir memeriahkan majlis.Majlis pemotongan reben telah disempurnakan oleh Ronald dan Puan Melanie Lim.Acara tarian singa menyusul selepas acara pemotongan reben. Pembukaan rasmi ini telah diserikan dengan persembahan dari 3 buah tadika.Pelbagai acara lain turut diadakan pada majlis ini seperti Pertandingan Mewarna,Gerai permainan,Pameran Keselamatan dari Polis Di Raja Malaysia dan Pemeriksaan Kesihatan oleh Klinik Kesihatan Kampar.
Acara kemuncak pada hari tersebut ialah pemotongan kek oleh Pengurus Restoran bersama kesemua Pengurus McDonalds Pandu Lalu Kampar.Acara berakhir pada pukul 1.30 petang.Semoga Mcdonalds Pandu Lalu Kampar terus maju dan memberi keuntungan besar pada pihak syarikat.
Showing posts with label Grand Opening. Show all posts
Showing posts with label Grand Opening. Show all posts
Dec 11, 2010
Jul 25, 2010
Apr 11, 2010
Grand Opening #245 Bandar Perda DT
McDonald's Pandu Lalu Bandar Perda telah mengadakan perasmian pada 11 April 2010 yang lepas.Ia telah dirasmikan oleh Pengurus Operasi iaitu
Pn Melanie Lim dan Ronald McDonald.Acara perasmian ini diserikan lagi dengan persembahan kebudyaan,kompang,silat,tarian singa dan persembahan dari tadika-tadika yang berhampiran.
Di samping itu juga badan-badan kerajaan seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Jabatan Pengangkutan jalan Pulau Pinang telah berbesar hati untuk membuat pameran pada hari tersebut.
Tidak ketinggalan kempen derma darah turut diadakn oleh Hospital Seberang Jaya dan dapat mengumpul sebayanyak 29 orang penderma.Pada kali ini McDonald's Pandu Lalu Bandar Perda
telah mencatatkan sejarah apabila seramai 120orang peserta telah mengambil bahagian dalam pertandingan mewarna.Ronald McDonald's House Charity (RMHC) turut menyampaikan sumbangan
berupa wang tunai RM2000 dan beg sekolah kepada 9 kanak-kanak dari Sekolah Sinar Harapan Bukit Mertajam,Pulau Pinang.Kami dari pihak pengurusan McDonald's Pandu Lalu Bandar Perda
mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua Perunding-perunding Operasi,Pengurus-pengurus dan juga krew-krew yang telah membantu kami dalam menjayakan acara ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)