Nov 18, 2013

Anugerah Restoran Makanan Segara Terbersih - McDonald's Greenlane

Sempena sambutan Hari Penjaja & Komuniti Peniaga Tahun 2013 yang dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang, restoran kami telah memenangi tempat Pertama dalam Kategori Restoran Makanan Segera terbersih peringkat negeri, diikuti tempat Kedua – KFC Batu lanchang dan tempat Ketiga – Subway Lebuh Pantai. Majlis sambutan ini telah diadakan di Ballroom Sri Mas, Hotel Bayview pada 18 November 2013. Sijil penghargaan dianugerahi oleh Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, YB Dato' Haji Mohd. Rashid Bin Hasnon yang diiringi oleh Yang Di-Pertua Majlis Perbandaran Pulau Pinang, Dato Patahiyah Binti Ismail. Sijil penghargaan dianugerah kepada premis-premis pemenag mesti mematuhi syarat-syarat, kehendak-kehendak dan Undang-Undang yang ditetapkan demi menjaga imej masyarakat penjaja dan negara. Majlis Perbandaran Pulau Pinang juga berharap masyarakat penjaja mengambil langkah-langkah untuk meningkatkan keadaan kebersihan, keindahan dan keceriaan premis serta pemeliharaan alam sekitar termasuklah dalam hal-hal pengendalian makanan dan penggunaan bahan-bahan bungkusan makanan yang “environmental friendly”. Warga penjaja upaya tidak menggunakan bekas polystrene dan sebaliknya menggunakan bahan alternatif yang biodegradable selaras dengan Kempen Cleaner Greener Penang bagi mencapai status negeri bertaraf antarabangsa. Selain itu, penjaja juga hendaklah menentukan kualiti produk jualan pada harga yang berpatutan kepada pengguna tempatan, berniaga berlesen, menjalankan pemeriksaan kesihatan (Typhoid), memakai apron dan topi, mengamalkan tabiat baik ketika pengendalian , premis yang bertanggungjawab dan memelihara kebersihan dan peraturan dan lain-lain lagi.

No comments: