Nov 12, 2011

OM LEVEL OLYMPIC CHAMPION CT COMPETITION

Tanggal 12hb November 2011, telah berlangsung “Elena’s Profit Center YoCT Champion Crew Trainer Competition” di McDonald’s Juru, Pulau Pinang. Agenda pada hari tersebut bermula dengan sesi pendaftaran peserta pada pukul 10.30pagi. Seramai 10 orang Ketua Pelatih dipilih dari setiap peringkat ‘Mini Market’ (Gurney - Hong Chin, Bayan Baru - Eng Chew, Prai/Perak - An Nee, Perak – D’Zul, Prai -Azemah).
Selesai sesi pendaftaran, Elena Khoo, selaku Pengurus Operasi (Operation Manager) mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada semua Ketua Krew yang telah berjaya sampai ke peringkat ini. Beliau berharap semua Ketua Krew mencuba sedaya upaya untuk memenangi pertandingan pada hari ini dan seterusnya layak ke peringkat “Profit Center” dan menggunakan peluang keemasan ini untuk merebut hadiah utama iaitu ke LONDON.
Acara diteruskan dengan cabutan undi untuk menentukan stesyen yang akan diuji dari segi “4 Step Training Method”. Untuk peringkat ini, terdapat tiga pilihan stesyen iaitu Lobby, Beef Patties dan Initiator/Assembler. Calon hanya akan diuji pada satu stesyen sahaja. Penentuan pemenang berdasarkan keupayaan dan kemahiran Ketua Pelatih dalam mempratikkan ‘4 Step Training Method’. Ketua Penasihat Operasi (Operations Consultant) akan menjadi juri dalam acara ini.
Sebelum bermulanya acara di stesyen, semua Ketua Krew dikehendaki menjawab 30 soalan objektif untuk menilai tahap pengetahuan mereka. Selesai sesi tersebut, acara dimulakan dengan penilaian di stesyen. Penilaian di stesyen mengambil masa 35 minit untuk setiap pelatih.
Untuk pertandingan ini, 2 Ketua Pelatih sahaja yang akan dipilih untuk ke peringkat Pertandingan “Market Level”. Pertandingan ini dimenangi oleh Noor Hasida dari #219 (Caltex Farlim) dan Anis Farahin dari #54 (Sunshine Square). Didoakan semoga mereka yang terpilih akan mencuba sedaya upaya untuk memenangi hadiah utama ke LONDON. Acara pada hari ini berakhir pada pukul 5 petang.

No comments: