Pada tanggal 22/06/2011 store McDonald's Jusco Perda telah mengadakan crew picnic bertempat di Bayu Senja, Batu Ferriggi.Kami berkumpul di store sewal 7.30pagi,aktivi pertama kami adalah sarapan pagi bersama-sama.Tepat pada pukul 10.00 pagi,kami bertolak ka sana sebanyak 8 buah kereta secara berkonvoi..
Setibanya di sana,kami sangkakan panas berpanjangan rupanya gerimis mengundang tanpa diundang ,namun ianya tidak mematahkan semamgat kami untuk bersuka ria dengan aktiviti sukaneka.Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan sapanjang kami berada di sana.Aktiviti berkumpulan mencipta baju puteri duyung bersantailah, mencari bijirin di persiaran pantai, memakan makanam ekzotik sehinggakan ada yang termuntah hijau sebab tengok orang makan. Acara kemuncak menaiki banana bot yang terlalu mencabar sehingga ada yang mengeluarkan semua isi perut yang telah dimakan.
Kami telah disajikan dengan pelbagai makanan. Sarapan pagi saja kami telah menikmati nasik lemak yang dibungkus oleh cik Aisah dan Abang mamu kat tepi jalan dan kuih badak yang diuli oleh Kak Yus ditambah lagi dengan bingka tepung mak Hafian. Makan tengahari Menu utamanya mestilah nasi yang berlaukan ikan bakar curah air asam, masak kari ikan kering,udang masak sambal ulam-ulaman . Tidak seronok kalau berkelah tidak ada BBQ. Bahan rencah menu dari Kak Yus memang terangkat sampai termimpi-mimpi. Fuuyoo pedas gitu,pedas-pedas sedap.kerang bakar pun ada . yamiyami sedap gitu..
Acara kemuncak ialah penyampaian hadiah hasil daripada curahan tenaga dan kecermelangan dalam acara-acara yang dijalankan. Pemenang utama jatuh kepada kumpulan ikan bilis yang beibukan cik Yus. Hadiah disampaikan oleh Kak Rose selaku SM.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment