Pada 18 May 2011, McDonald’s Caltex Farlim telah mengadakan ‘Outdoor Crew Meeting’ di Taman Belia, Pulau Pinang. Kami semua berkumpul di sana tepat pada pukul 8.00 pagi untuk memulakan aktiviti. Pada sesi permulaan kami semua bermula dengan memperkenalkan diri masing-masing dan bercerita serba sedikit mengenai diri kami semua termasuk pengurus-pengurus restoran yang hadir.
Selepas sesi perkenalan, kami memulakan aktiviti dengan melakukan senaman ringan untuk menenangkan diri dan fikiran semasa aktiviti tersebut. Selesai bersenam, semua krew dan pengurus diberi taklimat ringkas oleh Ketua Pengurus Restoran iaitu Mr. Raymond.
Di akhir perjumpaan tersebut, kami semua juga berbincang mengenai masalah dan isu-isu yang berbangkit di restoran dan cara-cara untuk meningkatkan lagi jualan di restoran sambil diikuti dengan QSC & V (kualiti, layanan, kebersihan & nilai).
Selesai perbincangan, semua krew dan pengurus restoran duduk dan makan bersama-sama. Perjumpaan ‘Outdoor Crew Meeting’ pada hari itu tamat pada pukul 12.00 tengahari
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment